SHOWDOWN VS WIZURAI


Hari ini perlawanan akan menemukan pasukan Lanun dan Wizurai bertempat di stadium MMU. Lanun turun dengan rekod 2 kekalahan manakala Wizurai selaku juara kumpulan selasa dengan 3 kemenangan. Kepada penyokong Lanun diharap memakai warna biru manakala penyokong Wizurai sila pakai warna merah.

Berikut sebahagian komen2 pemain dan penyokong Lanun:-

Nami Patthalung
"walaupun team yg nk bedepan petang nie kuat tp jgn risau lanun....harta karun sentiasa milik lanun.....tok treasure hunt kiter petang nie aku da tanam da harte kat goal post dorang....lanun kne serang jer n gali jer..."

Faizin Suksomkit
"petang nie...kami sangap merasai kemenangan. jadi kami akan cube sedaya upaya petang ini berjuang sehingga pancet"

Reza Suchao
"utk ptg ni.. main simple jek. tak payah pegang bola lelama. dpt bola trus cari n passing membe. x payah gentel2. pegang bola lama2.. dapat dua benda je.. satu penat .. n kedua kaki sakit. pasal kena tackle kat opponent. so main senang k"

Afiq Narongchai
"aku harap lanun2 seperjuangan yg lain berusaha bersungguh utk memastikan LAnun Rombak tidak pulang berputih mata!!!LANUN!!START ENGINE BOAT ANDA!!!!!!!! :p"

Nakai Sangsanoi
"dun wori bout past games...just kosentret utk game ni...learn frm past mistakes and improvise...gd luck lads..."

Iman Viwatchaichok
"saya berharap kita semua insaflah jgn merompak lagi berdosa marilah kita beramal jariah dan cari rezeki yang halal ya.kita jadi lanun yang baik mcm Luffy...kalo serious sgt pon nnt pressure... kene la relax skit...baru takde tense baru ada confidence "

Senyum Nattaporn
"aku arap kita dapat main bagi seri pon dah cukup bagos......plus mintak2 diorang yg dah mmg kompom masuk 2nd round nie main2 ja ngan kita.........mintak2 diorang tak take seyes pasal game ngan kita at least diorang bagi peluang kat kita ntuk masuk 2nd round.......padang arinie sure basah so masing2 cover mmbr2 yg mana buat mistake.......slalunya aku la org yg buat mistake tuh.......^_^"

Mamu Sunthornpit
"Everything is possible. If we can play with the high tempo, and keep possession as well, then we can win the game"

Posted in | 1 comments

HOME WORK FOR LANUN PLAYERS


Aku gerenti korang semua dah kenal pasti and tau position terbaik korang untuk team after beberapa siri perlawanan liga and friendly. Bagi memastikan prestasi setiap pemain Lanun terus meningkat, every players diletakan ikon pemain antarabangsa untuk dikaji dan diteliti kerana personaliti, position and style gameplay diorang suit the best for u guys to learns and follow.

Spend time to know their background dari laman web seperti Wikipedia.org dan tonton video-video permainan mereka dekat Youtube. Lihat dan belajar dari pola, corak dan gaya permainan mereka. Semoga menjelang perlawanan liga terakhir Lanun, setiap pemain kalo tak sama at least hampir2 sama dengan gaya permainan mereka...kalo takleh gak...at least dapat tempias skills mereka hehe

Gluck and all the best ^_^
Berikut merupakan senarai pasangan 'Lanun-StarPlayer':-

GK
(9) Lee Rawangpa - Shay Given MANCHESTER CITY Republic of Ireland
(13) Munir Tedsungnoen - Jerzy Dudek REAL MADRID Poland

DEF
(5) Senyum Nattaporn - Curtis Davies ASTON VILLA England
(23) Aziz Phetphun - Charles N'Zogbia WIGAN French
(4) Manok Cholratit - Jose Bosingwa CHELSEA Portugal
(15) Afiq Narongchai- Alex Rodrigo CHELSEA Brazil
(20) Jo Panupong - Carlos Puyol BARCELONA Spain
(25) Devon Kiatprawut- Philip Lahm BAYERN MUNICH Germany
(12) Anuar K Datsakorn- Andy Griffin STOKE CITY England
(17) Faizin Suksomkit - John O'Shea MANCHESTER UNITED Republic of Ireland

MID
(11) Avicenna Natthaphong - Gareth Barry ASTON VILLA England
(8) Reza Suchao - Stiliyan Petrov ASTON VILLA Bulgaria
(21) Hilmie Choeichiu - Ricardo Quaresma CHELSEA Portugal
(7) kE Thonglao - Didier Zokora TOTTENHAM HOTSPUR Ivory Coast
(22) Iman Viwatchaichok - Aaron Lennon TOTTENHAM HOTSPUR England
(0) Anuar B Pichitphong - Nigel De Jong MANCHESTER CITY Holland
(16) Mamu Sunthornpit - Antonio Valencia WIGAN Ecuador

FWD
(28) Wan Rangsiyo - Kevin Davies BOLTON England
(14) Fahmi Kiatisuk - Eidur Gudjohnsen BARCELONA Iceland

Posted in | 0 comments

"SABAI SABAI" LANUN NEW OFFICAL SONG


memastikan para pemain Lanun terus bersemangat menjelang perlawanan-perlawanan mendatang, pengurusan Lanun telah melancarkan lagu rasmi terbaru pasukan bertajuk 'Sabai Sabai' nyanyian Thongchai McIntyre.

Video 1 : Nyanyian penyanyi asal oleh Thongchai McIntyre (Tonton original version dulu!)
Video 2 : Lagu diberi nafas baru oleh Nicole Theriault (Mesti tonton! Gerenti cair beb!)

Lagu ini sangat popular dikalangan masyarat Thai. Diharapkan lagu ini dapat menaikan semangat para pemain Lanun dan penyokong Lanun dapat menyanyikan ia pada setiap perlawanan Lanun.

Posted in | 0 comments

"LANUN TOO MANY KUDA TUA" BAHA ENSEM THERDSAK


Selepas melalui 9 perlawanan tanpa menang dan dibolosi hampir 60 gol sejak penubuhannya 2 tahun lepas, Lanun terus dilabel sebagai pasukan belasahan oleh pasukan lawan. Menurut Pengarah Kelab Penyokong Lanun, Baha Ensem Therdsak, beliau menyalahkan barisan kuda tua dalam pasukan sebagai penyebab Lanun masih kemarau kemenangan musim ini.

"Saya pelik kenapa manager bawak masuk sampai 6 pemain veteran dalam pasukan Lanun musim nie? mereka nie dah lah busy dengan keja, terlalu banyak komitmen, training tak pernah turun, cepat pancit dan sekor sekor perut dah mcam bapak anak tiga...macam mane Lanun nk maju dan beri saingan kalo ada players camnie"

Liga MMU musim ini, Lanun Rombak telah mengikat 6 pemain yang sudah berkerjaya bagi memperkuatkan barisan sedia ada. Mereka adalah penyerang; Fahmi Kiatisuk, pemain tengah; Avicenna Natthaphong, Iman Viwatchaichok & Reza Suchao dan pemain pertahanan; Jo Panupong & kE Thonglao dimata rata-rata mereka berumur sekitar 24 hingga 25 tahun.

"Bukan saya hendak memperkecilkan mereka, tapi bola memerlukan fizikal yang kuat dan bukan bergantung kepada pengalaman semata2. Tengok team lawan semuanya muda2, body tuff2 dan stamina cam kuda. Saya nk tanya aper sumbangan mereka kepada pasukan setakat ini?" tambah Baha Ensem Therdsak.

Berikut respons manager Lanun
"memang saya akui dikalangan mereka sudah berumur tapi bukan calang-calang pemain kami bawa masuk. mereka ini berpengalaman besar dalam arena bola-sepak tempatan terutama liga mmu. diorg dh join macam2 pertandingan bola sepak baik futsal, 9 sebelah atau full 11 players. hampir kesemua mereka merupakan bekas pemain pasukan yang mendapat second place liga mmu musim lepas...just give us more time"

Manakala menurut captain Lanun, Senyum Nattaporn:
"actually saya dah cuba tarik ramai pemain2 dikalangan yang masih belajar tapi usaha kami gagal becoz kebanyakan mereka ada komitmen dengan kelab lama masing-masing. susah nk tarik mereka join Lanun pasal pasukan Lanun mempunyai rekod buruk dan masih baru berbanding pasukan mereka yg lebih well establish n strong history...disebabkan kekurangan pemain kami tiada pilihan selain memanggil semula bekas star veteran nie"

Baha Ensem Therdsak disamping pemain veteran Jo Panupong

Posted in | 1 comments

FRIENDLY : VS SPIRULINA FC (Draw 2-2)

Pada Isnin lalu bertempat di padang shell, pasukan Lanun telah mengadakan perlawanan persahabatan menentang Spirulina FC sebagai persiapan menentang Wizurai Jumaat ini.

Perlawanan bermula lewat selepas kedua-dua ahli pasukan hadir lewat (sekor demi sekor sampai...cb masing2 budjet star). Apabila referee meniupkan wisel untuk memulakan perlawanan sekitar 6.20ptg, pasukan Lanun hanya mempunyai 6 pemain atas padang. Memandangkan keadaan terdesak; Nakai (lutut injured), Natsu (sluar jeans), Lee (mata injured), Deevon (sluar tido) dan Lomak (sluar jeans) terpaksa bermain sementara menunggu pemain-pemain Lanun yang lain tiba. Hampir kesemua mereka berkaki ayam.

Ketibaan lewat Hilmie, Mamu dan Devon kemudian mengantikan Natsu, Lomak dan Devon. Hasil daripada sepakan sudut, perlanggaran Munir dan Lee yang masih kabur penglihatan malah memiliki double vision view menghadiahkan gol pertama kepada pihak lawan. Kem Lanun lega apabila dua kali serangan 1 on 1 antara penyerang lawan dan gol keeper tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka. Gol kedua pihak lawan hadir apabila pihak lawan mendapat umpanan cantik akibat backhill Senyum yang tidak menjadi.

Lee terus digantikan selepas ketibaan Fahmi. Sentuhan pertama beliau hampir menghadiahkan gol pertama Lanun namun terkena palang gol. Situasi bertambah genting apabila kapten pasukan Senyum dan Fahmi saling berperang mulut diatas padang. Satu lorongan bola cantik daripada Aziz disambut oleh larian Fahmi...shot leret...gooolll! Akhirnya pemakai bot emas Lanun mendapat semula sentuhan jaringan beliau.

Separuh masa kedua bermula, Avicenna yang baru tiba mengantikan Nakai. Pertahanan lawan naik sehingga separuh padang menyebabkan kawasan padang Lanun dipenuhi pemain-pemain lawan. Setiap bola yang diclearkan pasti disambut pemain Spirulina. Pertahanan Lanun menerima tekanan selepas diserang tanpa henti. Senyum dan Avicenna yang bertindak sebagai pertahanan tengah tidak henti-henti menerima larian penyerang lawan yang sering mengelirukan. Munir selaku gol keeper kelihatan lebih berani keluar menyelamatkan bola.

Akhirnya Lanun mendapat gol penyamaan apabila Devon menjaringkan gol cantik side kick udara hasil umpanan dari Wan. Namun gol tersebut mencentuskan kontroversi apabila gol keeper lawan terpaksa diusung keluar beramai-ramai selepas berlaga antara peha dengan lutut Devon, bola 50 50. Perlawanan disambung seperti biasa selepas Spirulina membawa masuk gol keeper baru mereka. Jeritan daripada manager Lanun memberi arahan tidak diendahkan apabila masing-masing nak tunjuk skills gentel (defence diorg tinggi bagi jer lah long ball biar striker kita kejar..kan ader 2 striker kt depan..cb!!)

Tamat perlawanan, keputusan berakhir 2-2. Sekali lagi Lanun seri menentang Spirulina. Manager sedih dengan jumlah pemain yang datang dan menyatakan kekecewaan beliau kepada para pemain Lanun yang tidak hadir terutama pemain yang janji nak mai tapi tak datang.

First Half: 4 - 3 - 2 - 1
GK - Munir
DC - Lomak
DC - Nakai
LB - Aziz
RB - Lee
DM - Senyum
DM - Natsu
DM - Deevon
CM - kE
CM - Faizin
FW - Wan

Second Half: 4 - 4 - 2
GK - Munir
DC - Senyum
DC - Avicenna
LB - Devon
RB - Faizin
LW - Aziz
RW - Hilmie
CM - kE
CM - Mamu
FW - Wan
FW - Fahmi

Munir Tedsungnoen kembali beraksi selepas pulih dari kecederaan

Tiga penyokong Lanun yang dipaksa bermain (From left : Deevon Chaikamdee, Lee Rawangpa and Natsu Watcharapong)

Afiq Narongchai menjadi manager sementara selepas kesemua pemain Lanun berada di atas padang

Barisan pemain pertahanan Lanun sempat posing untuk kameraman

Para pemain Spirulina berkerjasama mendukung gol keeper mereka, Arep yang cedera ke luar padang

Afiq Narongchai mewakili pasukan Lanun melakukan lawatan kepada pemain yang cedera di kem Spirulina

Sebelum beredar para pemain Lanun dan penyokong sempat bergambar kenangan

Posted in | 2 comments

LEE LOST ANOTHER BLOW FOR LANUN


Kem lanun menerima kejutan terbaru apabila Lee disahkan tidak dapat beraksi sebagai penjaga gawang untuk perlawanan seterusnya. Lee yang beraksi cemerlang menentang Black Emperor jumaat lalu dikasari di kepala oleh pemain lawan dan dikhuatiri bakal tidak dapat bermain selama empat minggu.

Berikut petikan beliau mengenai apa yang berlaku dari laman blog peribadi beliau

"I was kicked in the head twice during the game when I was trying to catch the ball. The 1st kick made me stunned for 3 seconds and my eyes had gone blurry then. I thought at first it was because my contacts was kicked out but after checking again I was still wearing them. I shrugged it off as nothing and moments later I got the 2nd kick. That one made me shook, well at least in the head. After the game I went back and went to see my doctor. He did some test and sent me home because the diagnostics would only come on Sunday... During the time I was waiting for the results, the blurriness in my eyes subsided a little, well for the left eye at least. My right eye started to have double vision. It weird seeing double in one eye and a little blur in the next"
http://theplacewheremythoughtsareshared.blogspot.com/

Berikut ulasan beberapa pemain dan penyokong Lanun:-

LoMaK "Cuak gak lah bila dpt sms kata mata dia parah...ingatkan hampir buta...Alhamdullilah tak teruk...so right now kami masih menunggu laporan daripada doktor dalam tempoh seminggu ini...diharapkan kita dapat mengunakan khidmat beliau ketika menentang Genki Noob"

Mamu "Lanun akan menghadiahkan kemenangan jumaat ni kepada Lee"

Nakai "Big loss for our keeper...even so munir ade...both power so no worries...he'll be back"

Anuar B "Aku doakan lee recover cepat dari injury die...kehilangannya amat dirasai"

Wan "Loan goalkeeper baru...hahaha"

Faizin "Get well soon"

Nami "Aku sbg fan amat mengesali atas kekasaran pihak lawan yg menerajang kepala Lee sehingga beliau kini terpaksa ditahan di unit rawatan rapi kerana melihat dunia dalam keadaan yg sangat istimewa yakni melihat segala2nya 2...oleh itu saya amat marah kerana kini lee akan dilanda masalah rumah tangga kerana akan sentiasa mengangap beliau da kawen 2"

Fahmi "Aku yakin Munir mampu menggalas keeper utama!! Kite masih ade barisan pelapis yg bagus-bagus...tapi aku tetap salahkan kapten...punce kecederaan Lee sbb kapten yg tak tolong kaver!"

Senyum "kata ramai player lanun tak brapa puas ati dgn sikap pemain tu yg dah sepak pala keeper then tak mintak maap...buat2 tak bersalah plak tuh...org nak blaja kot bukan idop ntuk main bola...tapi mmg aku panas la sebab dia tak mintak maap" (ayat beliau ditapis selepas melalui penapisan FINAS)


Buat masa sekarang Lee terpaksa menampal plaster besar di mata kiri beliau semasa berada di hadapan PC dan ketika tidur. Gaya beliau seolah-olah seperti Lanun sebenar dikatakan badi kerana menyertai pasukan Lanun. Adakah sekali lagi Lanun bakal mendapatkan pemain baru disebabkan ketiadaan Lee? Sama-sama kita tunggu dan nantikan.

Aksi Lee menyelamatkan percubaan lawan

Lee mengadu pening kepala ketika waktu rehat

Lopak air di hadapan pintu gawang memburukan keadaan mata Lee

Posted in | 2 comments

FUNNY MOMENTS LANUN SECOND MATCH

Lanun camp would like to honour and special thanks to our photographers for all the amazing pictures they took and make every moments and games memorables~!
Super thanks to our paparazzi team : Nakai, Mugen dan Deevon~!

Lee jatuh tergolek ketika warm up...Senyum tumpang gelak

Lee dan Hilmie menari break dance sebelum perlawanan

Iman dengan semangat hitman beliau

Para pemain Lanun beratur semasa menyaksikan bola di kaki lawan

Aper jadik dengan muka hensem senyum?

Avicenna memperaksikan aksi kung fu beliau

Mamu sempat bergaya dengan jaket seakan sama warna dengan jersi pasukan

Aikk? bila masa pulak pemain Lanun kena kad kuning?

Misteri seseorang beraksi bogel di bench Lanun

Adegan maksiat di bench Lanun dikaitkan dengan punca kekalahan

Lihat bench lawan...rahsia kejayaan pasukan lawan!

Posted in | 3 comments

ANOTHER LOSE...SOUND FAMILIAR?

Pasukan Lanun kalah buat kali ke ketujuh dalam lapan perlawanan selepas tewas kepada pasukan Black Emperor pada jumaat lepas dengan kesudahan perlawanan berakhir 0 - 1.

Pengurus mula gusar dan pening sebelum sepak mula apabila kehadiran para pemain Lanun mengecewakan dengan hanya sembilan pemain. Meskipun mempunyai Fahmi dan Iman di bangku simpanan sebelum perlawanan, disebabkan tidak mahu taktik dirancang awal terjejas, Lomak bertindak nekad tidak menurunkan mereka malah mengambil risiko bermain dengan 10 orang apabila wisel mula dibunyikan. Mujur kehadiran Avicenna kemudian menyelamatkan keadaan.

Separuh masa pertama menyaksikan Lanun berjaya bertahan asakan demi asakan pasukan lawan yang banyak mempergunakan pemain sayap mereka untuk menyerang. Perangkap offiside yang sering menjadi dan larian pantas captain pasukan Senyum mengejar penyerang lawan ternyata berjaya mengagalkan hasrat lawan mendapatkan jaringan.

Kem Lanun cemas seketika apabila penjaga gawang, Lee cedera selepas menerima sepakan pada kepala beliau daripada pemain lawan, Shah. Ketiadaan penjaga gol simpanan memaksa pengurus mengarahkan beliau untuk bertahan sehingga perlawanan berakhir meskipun Lee mengadu kabur penglihatan.

Berbekal hanya dua pemain simpanan, pada separuh masa kedua, jaringan pasukan lawan hadir pada minit ke 28 perlawanan melalui sepakan sudut. Walaupun pada sepakan sudut pertama penjaga gawang Lanun, Lee bertindak cemerlang menyelamatkan dua percubaan tepat ke arah pintu gol, sepakan sudut kedua menyaksikan pemain lawan, Fauzan dengan mudah menanduk masuk sudut kanan gawang yang tinggalkan oleh Aziz selepas menerima clearance lemah daripada Senyum.

Peluang keemasan Lanun untuk menyamakan kedudukan hadir pada minit terakhir perlawanan apabila Iman dijatuhkan dalam kotak penalti lawan. Disebabkan persembahan cemerlang sepanjang berlawanan, Iman dan Fahmi terpaksa mengalah kepada pertahanan tengah Lanun, Jo yang mahu mengambil sepakan penalti tersebut selepas berlari dari bawah posisi beliau.

Hasrat Lanun untuk seri berkubur selepas penjaga gol lawan berjaya membaca sepakan Jo. Sepakan Jo ke arah kanan pintu gol berjaya ditepis beliau dan para pemain Lanun yang mara gagal menyambut seterusnya hanya mampu menyaksikan bola tersebut longlai keluar.Kekalahan ini bermakna Lanun harus menang satu dari dua baki perlawanan menentang Wizurai dan Genki Noob untuk mara ke pusingan seterusnya.

Berikut ulasan pengurus pasukan selepas tamat perlawanan
"saya memuji barisan pertahanan kerana berkerja keras dan berjaya bertahan hampir 60 minit pertama tanpa dibolosi. namun nasib tidak menyebelahi kita kalinie apabila bolos dengan gol corner. actually misi kami untuk seri, if menang itu miracle dan kalau kalah pun bukan bolos dengan jaringan yang besar sebab Black Emperor antara pasukan terbaik liga MMU. sekiranya para pemain meneruskan corak permainan sebegini saya yakin kita bole menang dalam perlawanan seterusnya...actually kami masih tercari-cari rentak sebenar pasukan...aper2 pun saya ucapkan tahniah kepada para pemain...saya pasti para penonton pasti terhibur dengan persembahan kami"

First Half :-

GK- Lee
CB - Senyum
CB - Jo
LB - Aziz
RB - Faizin
DM - Avicenna
CM - Reza
CM – Anuar B
LW - kE
RW - Hilmie
ST – Wan

Second Half:-

GK- Lee
CB - Senyum
CB - Jo
LB - Aziz
RB - kE
DM - Avicenna
CM - Reza
CM – Anuar B
LW - Hilmie
RW - Iman
ST – Fahmy

Overall :-

CHEMISTRY : 7/10
ATTENDANCE : 6/10
STAMINA : 7/10
ATTACKING : 7/10
CONTROLLING : 6/10
DEFENDING : 7/10
PASSING : 6/10
SPIRITS : 7/10
ATTITUDE : 7/10
STYLE : 9/10
SUPPORTER : 6/10

Sesi memanaskan badan diketua kE
Pengurus sedang menerangkan taktik dan memberi arahan kepada para pemain Lanun







Air masuk ke dalam mata Lee selepas menyelamatkan percubaan lawan akibat lopak air dihadapan pintu gol

Reza sedang mempamerkan cara balingan yang betul sambil diperhatikan Afiq




kE kelihatan cuak di tembok pertahanan sepakan percuma





Para pemain cuba menghalang percubaan rembatan pemain lawan






Diantara para penyokong Lanun yang hadir memberikan sokongan






Kelihatan bekas penaung atau presiden Lanun, Joe (berbaju hijau) turut turun memberikan sokongan








Pemain terbaru pembelian Lanun, Fahmi membuat penampilan sulung

Line offside oleh pemain pertahanan banyak menyelamatkan situasi merbahaya



Saat Jo mengambil sepakan penalty







Posted in | 0 comments

MANAGER HEADACHE WITH INJURIES AND ABSENTS


Kem Lanun dilanda tsunami apabila kehilangan beberapa pemain menjelang perlawanan kedua menentang Black Emperor. Selepas kehilangan Nakai sejak 2 musim lalu dan Afiq pada perlawanan pertama, kini penjaga gawang Munir mengesahkan tidak dapat beraksi akibat kecederaan kaki. Afiq menjelaskan Munir mengalami kecederaan kaki akibat tersilap posisi tidur.

Lebih mengeruhkan keadaan Devon, Manok, Mamu dan Anuar K turut mengesahkan tidak dapat beraksi. Anuar K tidak dapat lari daripada menyertai rombongan percutian bersama keluarga, Manok terpaksa menyertai kursus perkahwinan manakala Mamu dan Devon pula menduduki ujian pegawai diplomat kerajaan.

Kini mereka sedang menantikan laporan pegawai perubatan untuk mengesahkan tahap kecerdasan Iman. Beliau mengalami kecederaan ketika beraksi bersama pasukan negeri pada sabtu lepas dan kehilangan beliau selaku penjaring terbanyak Lanun Rombak buat masa kini dilihat bakal memberi tamparan hebat kepada pengurus pasukan.

"Saya dah pesan jangan terlibat with any games one week before our matches tapi player-player nie degil. Lihat apa terjadi, seorang demi seorang cedera. Kalo badan diorang kuat macam superman saya tak kisah, nie masing-masing macam cicakman. After this, saya mahu presiden kelab adjust semula kontrak mereka supaya tidak membenarkan para pemain terlibat dengan beberapa komitmen dalam satu masa"
rungut pengurus pasukan.

Dapatkah Lanun Rombak berjuang selepas kehilangan beberapa tonggak pemain?
Dapatkah skuad tempang ini memberi hura-hara kepada pasukan Black Emperor?












Top from left: Iman, Devon, Nakai and Mamu
Bottom from left : Manok, Munir, Anuar K and Afiq

Posted in | 0 comments

LANUN ROMBAK NEW KIT REVEAL


Selepas berminggu-minggu berteka-teki dengan media massa dan masyarakat, akhirnya pasukan Lanun melancarkan jersi terbaru mereka bertempat di ibu pejabat mereka di Cyberjaya, 24 jam sebelum perlawanan kedua mereka. Jersi berwarna serba biru bersama kolar kekuningan mendapat sentuhan gergasi rangkaian barangan sukan Nike dan merupakan tajaan dan kerjasama dengan kerajaan Thailand.

Menurut jurucakap pasukan Lanun, warna biru melambangkan laut dan kuning melambangkan emas. Ia dilihat sinonim dengan nama pasukan mereka Lanun kerana laut merupakan tempat lanun bermaharajalela dan emas merupakan buruan utama para lanun.

Selaku juara terbanyak piala Tiger/Asean dan emas sukan Sea, para pemain Lanun diharap dapat mencontohi semangat dan corak permainan Thailand sepanjang mengharungi baki perlawanan liga musim ini. Selain itu, penglibatan kerajaan Thailand dalam pasukan Lanun juga dilihat sebagai medan mempromosikan kembali industri pelancongan mereka setelah teruk terjejas akibat krisis politik yang melanda sebelum ini.

Walaupun logo jersi tiada lambang pendekar tengkorak seperti jersi Lanun terdahulu, kekuatan gajah selaku haiwan terkuat di daratan diharap dapat diperlihatkan dikalangan pemain Lanun di atas padang sewaktu berdepan dengan pihak lawan.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama dengan kerajaan Thailand, pasukan Lanun akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Unitersiti Chulalongkorn dan pasukan kebangsaan bawah 23 tahun Thailand pada bulan hadapan di Chiang Mai.













Posted in | 3 comments

NEW LANUN STRIKER ARRIVED


Ketika pasukan Lanun bergelut dengan kekalahan demi kekalahan, bertempat di Big Apple, Alamanda Putrajaya, pasukan Lanun memperkenalkan pemain terbaru mereka iaitu Fahmi Zuber atau lebih dikenali Fahmy Smith berjersi nombor 14. Pemilihan beliau dilihat sebagai tindak balas untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Afiq selepas terpaksa berehat selama 4 bulan akibat kecederaan lutut dialami semasa perlawanan pertama Lanun Rombak.

Fahmi yang juga merupakan bekas pemain penyerang Lanun pada musim pertama penglibatan mereka dalam liga MMU dilihat sebagai pilihan tepat oleh para pemain dan penyokong Lanun bagi menambah ketajaman jentera serangan pasukan.

Ketika mengulas pemilihan Fahmi oleh Presiden kelab, Zarob menjelaskan
"ketika kami bermain bersama-sama untuk Lanun dulu, beliau merupakan sumber inspirasi pasukan...jenaka dan kata-kata beliau sentiasa membakar semangat dan menceriakan kami...selain itu beliau merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah pasukan Lanun. Diharap beliau dapat mengulangi sentuhan berbisa beliau untuk membantu Lanun mara ke pusingan seterusnya"

"sebelum nie pasukan hanya memiliki seorang penyerang am I find it mustahil for our team to survive with one striker, pasukan-pasukan lain pun sekurang-kurangnya memiliki empat penyerang...dengan adanya fahmi sudah pasti saya dapat mempelbagaikan taktik pasukan...selain memiliki kepantasan, beliau bijak berlakon atas padang dan merupakan seorang pemain yang flexsible kerana boleh bermain posisi gol keeper or wing bila perlu...so saya rasa tak rugi kita panggil semula our golden bot player" tambah manager Lanun.

Dapatkan beliau memberi mimpi ngeri kepada pertahanan pasukan lawan?
Fahmi akan membuat penampilan sulung beliau pada perlawanan kedua Lanun Rombak menentang Black Emperor pada jumaat ini.






Sesi menandatangi kontrak disaksikan oleh pengurus Lanun bertempat di padang MK Land FC

Posted in | 0 comments

FRIENDLY : vs Seryes FC (Lose 1 - 2)

Tarikh : 1 Mac
Tempat : Padang jiran rugby
Cuaca : Mendung
Suhu : 28'C
Keputusan : Tewas 1 - 2
Jaringan : Iman
Assist : Anuar B

First Half

GK - Nakai
CB -Senyum
CB - Zarob
LB - Aziz
RB - Faizin
DM - Jo
CM - Avicenna
CM - Reza
LW - Iman
RW - Hilmie
ST - Fahmi

Subs : Anuar B for Nakai

Second Half

GK - Fahmi
CB - Reza
CB - Jo
LB - Devon
RB - kE
CM - Anuar B
CM - Avicenna
LW - Iman
RW - Mamu
ST - Senyum
ST - Wan

Subs : Nibee for Senyum
Deevon for Devon

Injured :
Lee
Afiq

Missing In Ocean :
Anuar K
Munir

Overall :-
CHEMISTRY : 7/10
ATTENDANCE : 8/10
STAMINA : 7/10
ATTACKING : 6/10
CONTROLLING : 7/10
DEFENDING : 4/10
PASSING : 3/10
SPIRITS : 3/10
ATTITUDE : 5/10
STYLE : 4/10
SUPPORTER : 3/10














Posted in | 0 comments