THIRD EDITION LANUN CUP 2009 FINALLY OVER


Alhamdullilah Lanun Cup Edisi Ketiga 2009 berakhir dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang bertanding tidak kira menang mahupun kalah. Meskipun objektif bermain untuk seronok tidak tercapai
(smua main agresif & serius gile!) namun objektif untuk mengeratkan sillaturahim tercapai!
Kemesraan dan gurauan senda dapat dilihat dikalangan pemain dan penyokong yang hadir hehe
Event ini umpama gathering or reunion antara yang baru dan lama, yang jauh dan dekat...
ia juga mengubat kerinduan daripada perpisahan yang berhari, berminggu, berbulan, bertahun lamanya.

Dikesempatan ini pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pemain pasukan yang bertanding kerana memberi kerjasama dan membantu melancarkan perjalanan sepanjang kejohanan ini berlangsung. Kami di pihak urusetia memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan samada tidak sengaja atau disengajakan hehe keputusan Lomak adalah muktamad muahaha

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada Nakai & Deevon yang membantu sepanjang berlangsungnya kejohanan sebagai pegawai/pengadil/penjaga masa/jurugambar serta Izmie, Senyum & Lee bertindak selaku pegawai sebelum kejohanan yang banyak membantu bagi memastikan persiapan berjalan lancar (bg guna kredit hp) menjelang hari Lanun Cup.

Diharapkan korang semua berpuas hati dengan hadiah disediakan walaupun nilainya tidak seberapa huhu
Semoga dapat lagi kita berjumpa dan berkumpul beriadah sekali lagi dalam edisi Lanun Cup yang akan datang sekiranya dipanjangkan umur dan diizinkan Tuhan (macam dah takder jr...yg nie last kot haha) Adios~!

eh2 lupa plak...akhir kata...GOOD LUCK FOR YOUR FINAL EXAM~!
Study Study!...kalo baca baca tak masuk gak...meniru jer time exam tapi meniru dengan smart!! hehe

(Sorry kpd kawan2 yang aku x sempat layan dan borak lama terutama kawan2 jarang jumpa...terlalu busy bagi memastikan event brjalan lancar dan tulus...hopefully kita dapat jumpa lg next time...at least dpt jumpa korang td aku dh seronok cuma tak sempat nk bergelak ketawa berlawak bersama seperti selalu :(

Champion - ICU FC

Rank 2 - AHLI JEMAAH SURAU

Rank 3 - BOTAK DUNGU

Rank 4 - BARISAN MOJAKO

Rank 5 - JIWA RUNSING FC

Rank 6 - RUMAH BIRU

Rank 7 - SANTAU FC

Rank 8 - ALL LEGEND STARZ

Posted in | 0 comments

FINAL REMINDER LANUN CUP 2009


Kepada para kapten pasukan sila pastikan anak buah anda tidak sesat atau tiba lewat pada venue pertandingan.

Tempat : Futsal Puchong (03-80602280)
Masa : 1030pm-0130am
Pakaian :
Mengikut tema warna diberi

Sebarang masalah atau pertanyaan sila hubungi pengawai kejohanan :-

Senyum : 019-3767573
Izmie : 012-6271072


Pastikan markah bonus dikejar bersungguh-sungguh.
Kapten juga harus memastikan pemain anda sentiasa berkelakuan baik penuh semangat kesukanan sepanjang kejohanan.
Keputusan LoMaK adalah muktamad!

Berita gembira! Semua pasukan yang bertanding tidak pulang dengan tangan kosong!
Hadiah ditawarkan :

Rank 1 - Piala Pusingan & Pingat
Rank 2 - Pingat
Rank 3 - Pingat
Rank 4 - Hadiah Misteri
Rank 5 - Hadiah Misteri
Rank 6 - Champagne (Mystery Flavour)
Rank 7 - Champagne (Mystery Flavour)
Rank 8 - Champagne (Mystery Flavour)

(Pingat hanya untuk 7 pemain sahaja)

Dua pingat istimewa ditawarkan kepada...
Penjaring Gol Terbanyak!
Penjaga Gawang Terbaik!

Always remember...
- This tourney main objective to have fun among us!
- Release tension for awhile before sitting for final exam!
- Mengeratkan sillaturahim sesama kita disamping menambah kenalan baru!
- Show great sportmanship dan sentiasa mengalah!
- Kalah dan menang adat pertandingan...sape xleh merasa tewas or xder perkataan kalah dalam kamus hidup dia...better jangan join muahaha
- Pastikan setiap pemain anda singgah ke blog ini dan membaca peraturan pertandingan & pesanan dari penganjur bagi mengelak sebarang kekeliruan atau salah faham kemudian.
- Jangan kaco awek orang!

Posted in | 0 comments

WHO WILL BE 2009 TOP SCORER?


Edisi Lanun Cup 2008 menjadi saksi Awee dari pasukan F.U.C.K pulang dengan pingat selaku penjaring terbanyak dengan 7 jaringan. Namun kemenangan beliau dikatakan tidak mencabar kerana tanpa kehadiran penjaring terbanyak edisi 2007, Fahmi Smith.

Edisi 2009 menyaksikan kedua-dua mereka berentap untuk merebut pingat penjaring terbanyak sekali lagi. Mampukah Fahmi Smith merampas semula gelaran penjaring terbanyak dari Awee atau kita bakal menyaksikan muka baru dimahkotakan gelaran bot emas ini?

Rekod Jaringan Lanun Cup 2008...
7 Gol - AWEE, F.U.C.K
5 Gol - REWAN, ICU FC
4 Gol - KUCAI, F.U.C.K
3 Gol - AIE, Bekas Pekerja Dobi FC
3 Gol - ANUAR, Lanun X10

Penjaring Terbanyak Edisi 2008
AWEE

Penjaring Terbanyak Edisi 2007
FAHMI SMITH

5 Jaringan Gol
REWAN

4 Jaringan Gol
KUCAI


Ramalan pemain merbahaya yang perlu berada dalam radar pasukan musuh dan dijangkakan bakal muncul penjaring terbanyak pasukan masing-masing...

Botak Dungu - Sunan
Ahli Jemaah Surau - Awee
Rumah Biru - Acied
Santau FC - Deng
Jiwa Runsing FC - Qemma
Barisan Mojako - Izmie
all LEGEND starz - Fahmi Smith
ICU FC - Rewan


Posted in | 0 comments

LANUN CUP 2009 GROUPING AND MATCHES


GROUP A

Ahli Jemaah Surau (hitam)
Barisan Mojako (putih & hitam)
All LEGEND Starz (kuning)
Jiwa Runsing FC (oren)

GROUP B

ICU FC (putih)
Rumah Biru (biru)
Botak Dungu (merah)
Santau FC (hijau)

* * *

GROUP STAGE

Ahli Jemaah Surau vs Barisan Mojako
All LEGEND Starz vs Jiwa Runsing FC
ICU FC vs Rumah Biru
Botak Dungu vs Santau FC

Ahli Jemaah Surau vs all LEGEND Starz
Barisan Mojako vs Jiwa Runsing FC
ICU FC vs Botak Dungu
Rumah Biru vs Santau FC

Ahli Jemaah Surau vs Jiwa Runsing FC
Barisan Mojako vs all LEGEND Starz
ICU FC vs Santau FC
Rumah Biru vs Botak Dungu

* * *

EXTRA STAGE

Rank 1 group A vs Rank 4 group B
Rank 2 group A vs Rank 3 group B
Rank 3 group A vs Rank 2 group B
Rank 4 group A vs Rank 1 group B

Rank 2 group A vs Rank 4 group B
Rank 1 group A vs Rank 3 group B
Rank 3 group A vs Rank 1 group B
Rank 4 group A vs Rank 2 group B

(Tujuan utama game2 pusingan ini bagi memberi peluang team2 berlainan kumpulan berjumpa dan bermain antara satu sama lain dan dlm masa yg sama dpt mengeratkan sillaturahim semua :)
(Mata keputusan dari pusingan ini akan ditambah seperti biasa dlm markah kumpulan masing2)

* * *

FINAL STAGE

7th & 8th Place
Rank 4 group A vs Rank 4 group B

5th & 6th Place
Rank 3 group A vs Rank 3 group B

3th & 4th Place
Rank 2 group A vs Rank 2 group B

1th & 2th Place (Final)
Rank 1 group A vs Rank 1 group B

Posted in | 0 comments

RULES AND REGULATIONS LANUN CUP 2009


BONUS POINT

Seperti edisi terdahulu, markah bonus akan diberi kepada pasukan yang berjaya melengkapkan kriteria berikut...

1.Warna baju pasukan seragam mengikut tema warna diberi. (1 point)
2.Ketua pasukan memakai sarung lengan kapten ketika bermain. (1 point)
3.Setiap pasukan mempunyai minimum 1 org awek. (1 point)
(Jangan pandang lewa perkara ini kerana ader pasukan tewas disebabkan kehilangan markah bonus edisi lepas :)
(Tiada toleransi sekiranya sesebuah pasukan gagal memenuhi kriteria ini)
* * *

PERATURAN PERTANDINGAN

1.Masa 6 minit untuk setiap perlawanan. Tiada pertukaran pintu gol atau break separuh masa.
2.Tempoh menunggu bagi pasukan yang lewat hanya 2 minit.
3.Subs player tidak melebihi 2 pemain per game, pemain yang keluar tidak dibenarkan masuk semula.
4.Setiap pasukan wajib menyediakan seorang pengadil.
5.Pemain menerima 2 kad kuning game berbeza digantung satu perlawanan.
6.Pemain menerima kad merah digantung satu perlawanan.
7.Pasukan terikat mata yang sama pada peringkat kumpulan akan ditentukan melalui jumlah jaringan tolak jumlah bolos.
8.Masa tambahan hanya 2 minit (Golden goal) sekiranya keputusan seri pada perlawanan penentuan ranking.
9.Sepakan penalty sebagai penentu pemenang sekiranya perlawanan berakhir seri selapas masa tambahan diberi.
10.Sebarang pergaduhan berlaku, pemain terlibat tidak dibenarkan beraksi sepanjang kejohanan.
11.Keputusan urusetia dan pengadil adalah muktamad.
12.Hanya manager/kapten dibenarkan membuat sebarang pertanyaan, rayuan & bantahan kepada urusetia kejohanan.

13.Sebarang unsur2 jenayah dan sabotaj seperti meracun pemain lawan, mengurat gf pasukan lwn, rasuah, sexual harassment pada wanita mahupun lelaki, menipu result perlawanan, gile kuasa, berpolitik, mengunakan bomoh, berbogel, curik player lawan, curik makanan or minuman pasukan lwn, merosakan kereta pemain lawan seperti calar/pancitkn tayar/pecah cermin/curik wiper, buat2 pengsan, bersolek, stoking memberi bau meloyakan, mempunyai senjata api, mercun or object merbahaya dan lain-lain…semua crime2 ini akan dikenakan hukuman berat! Kami tidak teragak-agak membawa anda ke balai polis berdekatan sekiranya tiada penyelesaian.

14.Mencarut atau melontar kata2 kesat ketika permainan, pengadil berhak memberi kad kuning atau merah sekiranya situasi terlalu buruk!
15.Urusetia penganjur berhak menukar mana-mana peraturan pada bila-bila masa semasa kejohanan berlangsung dan sebarang pertikaian tidak akan dilayan.
* * *

PESANAN PENGANJUR


1. Play for fun with great sportsmanship...tujuan utama kejohanan ini utk mengeratkn sillaturahim, hiburan melalui sukan dan gathering...kalah & menang hanya sebagai sampingan utk mewujudkn persaingan sihat...always remember that ;)
2.Manager sila pastikan anak buah dpt semua info, ader transport dan tiba on time.
3.Sila pandang serius bonus point, ia memberi kesan besar kepada kedudukan pasukan dalam kumpulan kelak.
4.Makanan & minuman tidak disediakan.
5.Manager setiap pasukan bertanggungjawab mengutip duit daripada pemain2 dan memastikan mereka on their best behavior.
6.Pasukan yang menang akan membawa pulang piala pusingan namun perlu diserahkan semula sekiranya kejohanan sama diadakan semula.
7.Kepada pengadil pilih kasih, fixing match atau individu merasuah pengadil...
(Sila jawap kat akhirat kelak :)
8.Manager perlu memastikan pemain2 anda membaca offincal blog tournament ini bg memberi gambaran jelas rules & regulation kejohanan
9.Manager sila pastikan semua player ader transport & hadir tepat pada masa kejohanan (ulangan)
10.Manager sila pastikan pemain2 memakai baju/jersey mengikut tema warna diberi
11.Sila bwk gadis2 sebanyak mungkin kerana kita mempunyai lebih 60 lelaki yg hadir hoho...kehadiran golongan hawa sudah pasti menambah seri & kemeriahan kepada kejohanan
12.Urusetia penganjur tidak menyediakan first aid kit, setiap pasukan dinasihatkn membawa sendiri peralatan kecemasan.


Posted in | 0 comments

BOTAK DUNGUN COMPLETE LAST TEAMS FOR LANUN CUP 2009


Pasukan terakhir yang melengkapkan senarai pasukan bertanding dalam edisi ketiga Lanun Cup 2009 ialah pasukan baru, Botak Dungu. Dibarisi majoriti pemain Spirulina FC dan diketuai oleh manager pasukan itu sendiri iaitu N3n3k, mereka memberi amaran awal kepada pasukan lawan agar bersedia manahan malu dan diaibkan dihadapan penyokong sendiri.

Meskipun kesemua pemain tiada pengalaman beraksi di pentas Lanun Cup namun ratusan gambar-gambar edisi terdahulu dijadikan rujukan dan bahan bukti untuk mempersiapkan sebuah pasukan yang sempurna dari segi mental dan fizikal. Setiap pemain dibekalkan file mengandungi butiran lengkap dan statistik pasukan lawan yang bertanding agar mereka mengetahui pola dan corak permainan musuh.

Malam sehari sebelum pertandingan menyaksikan kesemua pemain berlatih berenang di kolam renang akuatik Shah Alam bagi memastikan stamina setiap pemain berada pada tahap terbaik. Disamping itu, para pemain Botak Dungu turut menjalani rawatan urut tradisional di Hospital Putrajaya tingkat 4 untuk melancarkan perjalanan darah dan meleraikan urat-urat yang tersimpul di dalam badan.

Bagi edisi Lanun Cup 2009, pasukan Botak Dungu dibarisi...

Sunan ,
Syahir Panjang ,
Syahir Pisang ,
Haziq (FlipOff) ,
Haziq (Seryes)
Jarir dan
N 3 n 3 k sebagai kapten pasukan.

Jarir pernah digantung sekolah kerana sering menimbang bola sewaktu lagu Negaraku dinyanyikan
Syahir Panjang pernah digantung sekolah kerana memiliki vcd lucah Victoria Beckham
Syahir Pisang pernah digantung sekolah kerana sering memakai jersi Manchester Utd ke sekolah
Haziq Seryes pernah digantung sekolah kerana mencuri jersi Arsenal pengetua
Haziq FlipOff pernah digantung sekolah kerana membakar jersi Manchester Utd guru displin
Sunan pernah digantung sekolah kerana memukul perempuan yang memanggil beliau kaki bangku
N 3 n 3 k pernah dibuang sekolah kerana membakar kereta guru sukan kerana marah tiada aktiviti bermain bola sewaktu pendidikan jasmani

Memiliki kelebihan gandingan mantap dua pasangan kembar berlainan rupa paras dan ibubapa, mampukah mereka sekurang-kurangnya melangkah ke final atau pulang dengan pingat di dada dalam penampilan pertama?
Sama-sama kita nantikan malam ini di Puchong...

Posted in | 0 comments

AHLI JEMAAH SURAU RETURN AS DEFENDING CHAMPION


F.U.C.K selaku johan edisi kedua Lanun Cup 2008 turun dengan nama baru pasukan iaitu 'Ahli Jemaah Surau' dengan misi untuk mempertahankan kejuaraan mereka seterusnya memastikan piala pusingan terus kekal dipangkuan mereka. Tanpa kelibat Khalifah dan Kechik dari edisi terdahulu akibat dilanda kecederaan, mereka hadir dengan barisan pemain baru yang lebih berpengaruh dan bergaya.

Memperagakan taktik hantaran pendek dan pantas pada edisi lepas, Ahli Jemaah Surau dilihat bakal menpergunakan resepi sama untuk menjuarai Lanun Cup 2009. Pasukan lawan pastinya sudah memyusun strategi untuk mengekang kelincahan penjaring terbanyak kejohanan 2008, Awee dari berpesta gol sekali lagi seterusnya mengelak beliau dianugerahkan pingat penjaring terbanyak kali kedua. Berbekalkan 8 jaringan edisi lepas, Awee dilihat senjata utama pasukan yang perlu dikengkang bermula dari sepak mula dan hadir gosip memperkatakan beberapa kapten pasukan berjumpa bomoh sehari sebelum perlawanan bagi memastikan beliau lembik dan hilang fokus sepanjang kejohanan.

Namun begitu, kejayaan sesebuah pasukan bola bukan hanya terletak pada seorang pemain sahaja. Herry selaku arkitek di tengah gelanggang bakal memberi arahan kepada para pemain dan menjadi pusat serangan pasukan melalui hantaran tidak henti-henti beliau kepada penyerang. Kehadiran Kucai sekali lagi bergandingan dengan Awee dihadapan sudah pasti mewujudkan jentera serangan paling digeruni dalam kejohanan apabila beliau turut menyumbang kepada kemenangan mereka dalam edisi terdahulu dengan 4 jaringan gol. Kehadiran pemain baru Suhai sebagai pertahanan akan memastikan tiada percubaan ke arah pintu gawang dan penjaga gol mereka tidak merasa menyentuh bola .

Edisi Lanun Cup 2009 menyaksikan Ahli Jemaah Surau dibarisi...

Herry ,
Kucai ,
Suhai ,
Abie dan
Awee selaku kapten pasukan.

Herry - Pernah ditawarkan sebagai watak sokongan untuk filem Harry Potter namun menolak
Kucai - Seorang playboy dan tidak malu meminta no telefon gadis lawa tidak dikenali
Suhai - Walaupun orangnya pemalu kucing, di padang atau gelanggang futsal beliau umpama singa Madagascar 2
Abie - Bekas pelukis komik Ujang dan pernah menentang pasukan futsal ERA.fm
Awee - Pernah bercita-cita memiliki suara dan badan seperti Awie
Merahsiakan dua lagi pemain mereka yang sedang menjalani fasa terakhir latihan di akademi bola sepak tanah seberang.

Mampukah pemain Ahli Jemaah Masjid mempertahankan piala kejuaraan dan pingat penjaring terbanyak buat kali kedua agar terus selasa dalam dakapan mereka?
Sama-sama kita nantikan malam ini di Puchong...

Posted in | 0 comments

RUMAH BIRU READY TO ROCK LANUN CUP '09 AS SIXTH TEAM


Sebuah lagi pasukan baru, 'Rumah Biru' menjadi pasukan keenam mengesahkan penyertaan Lanun Cup '09. Dianggotai majoriti pemain Lanun Rombak dan 2 pemain Mantis FC, mereka dilihat pasukan paling menyakinkan memberi tentangan kepada pasukan juara edisi terdahulu dan perlu diberi sepenuh perhatian oleh pasukan-pasukan lain yang bertanding. Dibarisi 4 pemain yang yang pernah beraksi di pentas Lanun Cup, pengalaman mereka dikatakan menjadi kunci kejayaan dalam menempis segala pujuk rayu, tipu helah dan strategi pasukan lawan.

Edisi ketiga Lanun Cup menyaksikan Rumah Biru dikatakan menjadi pasukan paling sukar untuk dibolosi melihat dari rekod cemerlang barisan pemain. Diketuai oleh kapten Lanun Rombak sendiri, Senyum bakal bergandingan dengan Acied di barisan pertahanan dan menjadi tunjang utama kekuatan pasukan. Lee selaku penjaga gawang hanya membenarkan 2 jaringan dibolosi pihak lawan sepanjang karier beliau menjadi penjaga gawang utama Lanun Rombak. Disamping itu pasangan borneo, Aziz dan Devon dilihat mampu menjadi gandingan emas untuk memperondak-perandakan pertahanan lawan di barisan serangan. Mereka dilihat memiliki kelebihan apabila 3 dari pemainnya baru sahaja menjuarai Kejohanan Futsal MMU.

Menurut kapten pasukan
"aku baru jer bulan lepas jadi johan futsal mmu yang ada pemain arab hebat2 dan ramai wakil mmu...apa lh sangat lanun cup nie stakat smua pemain local dan ramai jarang brfutsal...lgpun ramai yang masuk kalinie aku dh tewaskan time futsal mmu aritu...so aku harap diorg tarik diri sementara masih ada masa atau pulang dengan tangisan kelak"

Bagi edisi ke 2009 Lanun Cup, Rumah Biru dibarisi...

Lee ,
Mamu ,
Aziz ,
Devon ,
Acied ,
Syamil dan
Senyum selaku kapten pasukan.

Lee - Lawan sering serba salah untuk menjaringkan gol kerana terpedaya dengan wajah cina beliau
Mamu - Berhati-hati dengan gelecek 'tarian capoeira' beliau kerana bisa buat anda pening dan pitam
Aziz - Hanyut dengan godaan Senyum apabila dengan mudah belot dari pasukan Jiwa Runsing FC
Devon - Sering disalah anggap dengan deevon paparazzi Lanun kerana memiliki senyuman yang sama
Acied - Tinggi+laju+body+hensem+jiwang+kasut mahal = perfect defender
Syamil - Bakal berjogging 7 pusingan di trek stadium mmu menjelang 45 mnt sebelum kejohanan
Senyum - Bakal memiliki stamina kuda zorro apabila minum 24 tin red bull menjelang malam kejohanan

Gagal membimbing Lanun Rombak menjuarai Liga MMU namun berjayakah Senyum membimbing Rumah Biru menjuarai Lanun Cup '09?
Sama-sama kita nantikan malam ini di Puchong...

Posted in | 0 comments

SANTAU FC 5th TEAM TO COMPETE LANUN CUP 2009


Sebuah pasukan baru bakal mengegarkan arena futsal Lanun Cup apabila menyerahkan borang senarai pemain lewat petang tadi di balai sukan Cyberjaya seterusnya mengesahkan penyertaan mereka untak Lanun Cup edisi ketiga yang akan berlangsung besok malam. Dibarisi kebanyakan pelajar junior daripada universiti swasta berhampiran, Santau FC bakal diketuai oleh Deng selaku orang kuat SRC universiti tersebut.

Apabila diminta mengulas sedikit mengenai kekuatan pasukan, Deng menjelaskan
"kami nie takder lah power sangat dan takder lah lemah sangat tapi kunci kejayaan kami sudah tentu pengalaman kami bermain sebagai sebuah pasukan yang terlalu kerap. Kami telah banyak menyertai pertandingan futsal berprestij dari Pattani sehingga ke Singapura. Teamwork kami cukup tip top!...saya bagi skit rahsia Santau FC untuk pasukan lawan, beware our one touch passes!"

Selain memiliki kualiti persafahaman pasukan yang tinggi, kejayaan Santau FC turut disumbangkan kepintaran manager mereka yang penuh tipu muslihat dan bijak membaca perlawanan. Meskipun merahsiakan siapa manager mereka, Deng menjelaskan beliau seorang yang cukup disegani dan mampu merobek tembok pertahanan lawan dari luar gelanggang.

Dalam Lanun Cup '09, Santau FC bakal dibarisi...

Sappy ,
Arie ,
Syafiq Omar ,
Aspa dan
Deng selaku kapten pasukan.

Sappy selaku penjaga gawang dikatakan banyak menghabiskan masa di Gong Badak menangkap ikan tanpa joran.
Arie a.k.a Ari Lasso dikatakan bakal membawa Melly Goeslaw dan Bungi Citra Lestari pada malam kejohanan.
Syafiq Omar selaku penyerang memantapkan rembatan melalui latihan menyepak selama 10 minit setiap jam.
Aspa berguru penyanyi Aspallela, Apek mengenai ilmu lakonan sukan bola agar mudah memperdayakan pengadil.
Deng sibuk mengadakan temujanji dengan para wartawan sukan bangi mendapatkan maklumat pasukan lawan.
Mereka turut merahsiakan dua lagi pemain bagi mengelak pasukan lawan menyusun strategi terlalu awal apabila berdepan mereka.

Dapatkah pasukan baru ini memberi tentangan kepada pasukan lawan seterusnya menjuarai Lanun Cup pada penampilan sulung mereka?
Sama-sama kita nantikan besok di Puchong...

Posted in | 0 comments

JIWA RUNSING FC 4th TEAM CONFIRM FOR LANUN CUP '09


Hajat Faizin untuk bermain bersama FC Legend terpaksa dilupakan apabila beliau memutuskan untuk kembali menghidupkan semula pasukan yang diasaskan beliau sendiri ketika edisi kedua Lanun Cup iaitu Jiwa Runsing FC.

Pada awalnya kapten pasukan ini menyatakan Jiwa Runsing FC tidak dapat kembali beraksi untuk edisi ketiga Lanun Cup kerana kehilangan pemain-pemain utama selepas lari menyertai pasukan lain. Keadaan bertambah buruk apabila beberapa bekas pemain menolak menyertainya kerana ujian akhir semester yang semakin hampir. Kecewa dan gagal mengumpulkan pemain memaksa beliau untuk menerima tawaran menyertai FC Legend.

Namun penyertaan Faizin dalam FC Legend tidak sampai 24jam apabila beliau diyakinkan semula oleh seorang lagi pemain Jiwa Runsing, Mije untuk mewujudkan kembali pasukan. Masalah kekurangan pemain berjaya diselesaikan apabila Mije berjaya mengumpulkan kembali majoriti pemain edisi kedua pasukan dengan pujuk rayu dan tipu helah beliau. Wujud tempias gosip mengatakan mereka berdua merasuah ahlong untuk mengugut para pemain agar kembali bermain untuk pasukan atau nota-nota powerpoint dibakar dan student ID dicuri (x dpt duduk exam).

Bagi edisi Lanun Cup 2009, Jiwan Runsing FC dibarisi pemain...

Mat Duan ,
Mije ,
Piyad ,
Jambu ,
Ayoi ,
Qemma dan
Faizin selaku kapten pasukan.

Mat Duan dikatakan lahir untuk bermain bola futsal.
Mije, pemain lawan diharap tidak terpedaya dengan wajah selamba dan blur beliau.
Piyad merupakan anak angkat dan anak didik Puyol.
Ayoi dikatakan seorang yang pakar gentel bola dan digelar 'kaki bayangan'.
Jambu merupakan senjata rahsia pasukan, tiada sesiapa tahu identiti beliau.
Qemma dikatakan pemain paling merbahaya dan aset paling berharga pasukan.
Faizin selaku tonggak pasukan dan dikatakan berlatih di Bukit Jalil untuk kejohanan ini.

Pada edisi terdahulu Lanun Cup pasukan Jiwa Runsing FC melakukan kejutan apabila hadir sebagai pasukan bukan pilihan namun berjaya meraih tempat ke-4 diakhir kejohanan. Dapatkan mereka mengulangi kejutan dilakukan sebelum ini dengan barisan baru yang lebih bertenaga dan kuat kali ini?
Sama-sama kita nantikan jumaat ini...

Posted in | 0 comments

FLASHBACK : PAST RESULT LANUN CUP 2008

GROUP A

0 Lanun X10 vs ICU FC 1
0
Barisan Mojako vs B.P.Dobi FC 2
0 Lanun X10 vs Barisan Mojako 0
4
ICU FC vs B.P.Dobi FC 2
1 Lanun X10 vs B.P.Dobi FC 2
0
ICU FC vs Barisan Mojako 3

GROUP B

0 FC Legend vs All-Starz 0
2 F.U.C.K vs Jiwa Runsing FC 2
0
FC Legend vs F.U.C.K 2
1 All-Starz vs Jiwa Runsing FC 1
1 FC Legend vs Jiwa Runsing FC 0
0
All-Starz vs F.U.C.K 3

EXTRA ROUND

0 ICU FC vs All-Starz 0
1
Lanun X10 vs F.U.C.K 3
1
Barisan Mojako vs FC Legend 0
0
B.P.Dobi FC vs Jiwa Runsing FC 2

2 Lanun X10 vs Jiwa Runsing FC 1
2
Barisan Mojako vs All-Starz 0
1 ICU FC vs FC Legend 0
0
B.P.Dobi FC vs F.U.C.K 1

RANKING STAGE

Lanun X10 vs All-Starz
B.P.Dobi FC vs FC Legend
Barisan Mojako vs Jiwa Runsing
F.U.C.K vs ICU FC

Posted in | 0 comments

FLASHBACK : TEAMS COMPETING IN LANUN CUP 2008

Champion - F.U.C.K

Rank 2 - ICU FC

Rank 3 - BARISAN MOJAKO

Rank 4 - JIWA RUNSING FC

Rank 5 - BEKAS PEKERJA DOBI FC

Rank 6 - FC LEGEND

Rank 7 - LANUN X10

Rank Last - ALL-STARZ

EVERYONE~!

Posted in | 0 comments

BARISAN MOJAKO NEXT TO REGISTER LANUN CUP


Barisan Mojako menjadi pasukan ketiga mengesahkan penyertaan Lanun Cup untuk Edisi 2009. Ini merupakan penyertaan kedua mereka apabila meraih tempat ke-3 selepas menewaskan Jiwa Runsing FC dalam penentuan tempat ke 3 & 4 edisi terdahulu.

Dibarisi majoriti bekas pemain Seryes FC, Barisan Mojako gagal menepati ramalan sebagai pilihan kedua apabila gagal melangkah ke perlawanan akhir. Kegagalan mereka dikatakan berpunca apabila menjadi satu-satunya pasukan yang gagal meraih markah bonus 'awek' meskipun dibarisi pemain-pemain kacak bertaraf model seperti Bayie, King dan Izmie. Kegagalan ini menjadi kejutan bagi semua pihak malah memberi peluang kepada pasukan lawan memintas mereka dengan perbezaan mata yang rapat.

Selain itu, amalan polisi rotate penjaga gol (semua pemain merasa jadi gk) turut menyumbang kepada kesuraman persembahan para pemain Barisan Mojako kerana hadir tanpa penjaga gol tulen. Menurut kapten pasukan, Izmie
"sebelum nie kawan-kawan, kalinie kami all out! Kepada pasukan2 lain, plz bring ur best players and give us ur best perfomance!"

Bagi edisi Lanun Cup 2009, Barisan Mojako dibarisi...

Iman ,
Bayie ,
Taka ,
Shahril ,
Hafiz ,
Bagok dan
Izmie selaku kapten pasukan.

Izmie sekali lagi mengalas ketua pasukan dan menjadi sumber inspirasi pasukan.
Iman kaki lipas diharap tidak tamak dan solo seperti bola padang.
Taka menempah tiket penerbangan dari Sabah semata-mata untuk kejohanan ini.
Bayie diharap berjaya mengheret gadis-gadis pasukan lawan menyokong Barisan Mojako.
Shahril dan Bagok selaku muka baru yang dikatakan cukup hebat dan berpengalaman luas.
Hafiz sebagai jalan penyelesaian kepada kebuntuan penjaga gol dihadapi sebelum ini.

Barisan Mojako turun sebagai pasukan pilihan sekali lagi dengan pemain-pemain yang lebih kuat berbanding barisan terdahulu. Berjayakah mereka menepati ramalan untuk ke akhir dan muncul juara?
Sama-sama kita nantikan jumaat ini...

Posted in | 0 comments

LEGEND FC SECOND IN LINE FOR LANUN CUP


Legend FC merupakan pasukan kedua mendaftarkan diri untuk Lanun Cup Edisi 2009. Pasukan ini tidak pernah ponteng dalam edisi-edisi Lanun Cup terdahulu. Meskipun mereka meraih tempat kedua dalam Lanun Cup edisi pertama, edisi tahun lalu menyaksikan mereka hanya berjaya meraih tempat ke-6 dengan berbekal hanya satu jaringan sepanjang kejohanan.

Kemerosotan prestasi pasukan dikatakan berpunca daripada kehilangan penjaring terbanyak mereka, Fahmy Smith yang juga merupakan penjaring terbanyak pada Lanun Cup'07. Beliau yang menghilangkan diri ketika edisi Lanun Cup'08 dikatakan diserang demam pada hari kejohanan. Jundak selaku kapten pasukan ketika itu menjelaskan moral pasukan jatuh apabila Fahmi tiba-tiba menarik diri pada saat-saat akhir malah membebankan pasukan apabila tidak sempat mencari pemain pengganti. Lebih memburukan keadaan, selain Fahmi ada dua lagi pemain tidak menghadirkan diri pada hari kejohanan.

Bagi Edisi 2009, Legend FC dibarisi...

Jundak ,
John ,
Fit Cannavaro ,
Faizin ,
Cacai ,
Badari , dan
Fahmi Smith selaku kapten pasukan.

Jundak merupakan pengasas pasukan ini.
Fahmi kembali selaku penjaring terbanyak edisi pertama Lanun Cup.
John dan Badari hanya muncul pada edisi pertama dan kini dipanggil semula ke dalam pasukan.
Cacai dicuri dari pasukan All-Starz.
Faizin dipinjamkan dari pasukan Jiwa Runsing FC apabila mereka mengesahkan tidak menyertai edisi kali ini.
Fit merupakan senjata baru pasukan dan keupayaan beliau masih menjadi tanda tanya.
Sehingga sekarang Cacai dan Badari masih tidak memberikan jawapan akhir samada bersetuju untuk turut serta dalam kejohanan ini.

Dapatkah mereka memperbaiki ranking kedudukan ke-6 sebelum ini dan mengembalikan maruah pasukan selaku antara pasukan handalan dalam kejohanan Lanun Cup?
Sama-sama kita nantikan jumaat ini...

Posted in | 0 comments

ICU FC FIRST TEAM TO REGISTER LANUN CUP


ICU FC menjadi pasukan pertama mengesahkan penyertaan pada Lanun Cup Edisi 2009 apabila Kapten pasukan, Avicenna menyerahkan borang penyertaan sebentar tadi. Dalam sidang akhbar yang diadakan, beliau menjelaskan
"kami akan memastikan semua pemain lawan berakhir di wad ICU!"

ICU FC merupakan pasukan paling lama bertahan apabila ditubuhkan sekitar 2004 dan terus bertahan sehingga kini. Mereka sangat aktif dalam aktiviti futsal ketika kesemua pemainnya masih menuntut di universiti. Meskipun mereka melangkah sehingga ke final Lanun Cup Edisi 2008, keupayaan mereka mula dipersoalkan apabila majoriti pemain sudah berkerja dan bergelar kuda tua. Meskipun sering digoda dan mendapat tawaran yang lumayan dari pasukan-pasukan lawan, Avicenna dan Zarob terus setia bersama mendukung ICU FC bagi memastikan pasukan ini tidak berkubur dan disegani setiap kali kejohanan Lanun Cup berlangsung.

Untuk Edisi 2009, pasukan ICU FC dibarisi...

Eidy ,
Padel ,
Rewan ,
Reza ,
kE ,
Zarob dan
Avicenna selaku kapten pasukan.

Avicenna, Zarob dan kE merupakan muka lama yang terus setia bersama pasukan ini.
Rewan pemain paling merbahaya selaku penjaring terbanyak pasukan membuat penampilan kedua untuk edisi kali ini.
Eidy, Padel dan Reza merupakan muka baru dan diharap memberi kekuatan baru untuk ICU FC.

Mampukah mereka membuat kejutan melangkah ke final sekali lagi seterusnya menjuarai Lanun Cup?
Sama-sama kita nantikan jumaat ini.

Posted in | 0 comments

LANUN CUP 3RD EDITION BACK IN ACTION~!


Lanun Cup buat julung2 kalinya kembali pada jumaat ini, 15 Mei di Puchong Futsal untuk edisi 2009. Acara tahunan ini yang bermula pada tahun 2007 dengan hanya 4 pasukan meningkat kepada 8 pasukan pada 2008.

Bagi edisi 2007, pasukan All-Starz muncul juara meskipun tanpa pemain utama mereka yang terlibat kemalangan. Fahmi dari pasukan Legend FC muncul sebagai penjaring terbanyak. Diantara pasukan yang menyertai adalah ICU FC, Legend FC dan Best Lanun.

Bagi edisi 2008, pasukan F.U.C.K berjaya menjuarainya setelah menewaskan ICU FC di final meskipun hanya dibarisi 5 pemain tanpa simpanan. Awee dari pasukan juara muncul penjaring terbanyak tanpa kehadiran bekas penjaring terbanyak edisi terdahulu disebabkan demam. All-Starz yang menjuarai edisi 2007 berakhir dengan tempat tercorot apabila beberapa pemain utama mereka tidak memunculkan diri. Edisi ini disertai 8 pasukan seperti Lanun X10, Legend FC, Jiwa Runsing FC, ICU FC, All-Starz, Barisan Mojako dan Bekas Pekerja Dobi FC.

Bagi edisi 2009, sekali lagi penganjur mengehadkan hanya dibuka untuk 8 pasukan sahaja.

Berikut gambar-gambar Lanun Cup edisi 2007...

Piala Kejuaraan Lanun Cup 2007

Pasukan Juara, ALL-STARZ

Barisan pemain ICU FC


Barisan pemain LEGEND FC

Barisan pemain BEST LANUN

Posted in | 0 comments