Zarob New Chairman of Lanun

Saham Lanun jatuh merudum selepas pasukan mencatatkan keputusan buruk kekalahan demi kekalahan. Situasi ini memaksa bekas presiden Lanun, Fahmi menjual kesemua saham beliau dalam Lanun bagi mengelak beliau terus menanggung kerugian. Mogok dan tunjuk perasaan oleh penyokong setia Lanun dapat dilihat diperkarangan ibu pejabat pasukan di Cyberjaya sejak 2 minggu lalu yang mahukan beliau melepaskan jawatan selaku presiden pasukan selepas wujud spekulasi beliau mengunakan keuntungan dan kewangan Lanun untuk membeli kereta idaman beliau, Honda City terbaru.

Tekanan berterusan yang diterima dari penyokong & media massa memaksa Fahmi membuat keputusan mengejutkan melepaskan pegangan saham dalam Lanun. Taicon pasaran gelap barangan elektronik terkenal, Zarob a.k.a zaid menjadi presiden terbaru Lanun selepas membeli kesemua saham milik Lanun Investment & Corp. Zarob merupakan bekas pemain sayap pertahanan Lanun dan pembelian ini bermakna zarob bertanggungjawab menentukan hala tuju pasukan, menguruskan kewangan & pemasaran kelab, veto dari segi pembelian & penjualan pemain dan kuasa mutlak dalam pengurusan lembaga pengarah Lanun.

Ketika diminta mengulas mengenai pembelian ini
"Consider Fahmi like an eagle and i'm a dragon. I'm a mighty far better than Fahmi in money bisness. Even the team bring bad result, Lanun can still survive under my rule"







Lomak menerima memorundum persetujuan pembelian Lanun daripada presiden terbaru, Zarob

Posted in | 0 comments

FRIENDLY: vs Seryes FC 29 Feb


Musuh : Seryes FC
Tarikh : 29 Februari 2009
Tempat : Padang rugby MMU
Masa : 530pm
Pakaian : Serba Hitam

Diharap semua pemain bawa bayaran bersama.
Yuran : RM25
Jersey : RM35/38

Jangan lupa turun awal dan bawa bersama air minuman plz

Posted in | 2 comments

Afiq Out For Surgery In Bali


Tekanan semakin menghantui kem Lanun apabila mereka kehilangan pemain pertahanan tengah, Afiq 15, akibat kecederaan lutut. Physio pasukan Lanun, Badari menjelaskan Afiq tidak dapat beraksi untuk tempoh 3 sehingga 4 bulan. Afiq yang merupakan pemain tertinggi dalam pasukan terpaksa dibawa keluar pada awal perlawanan sewaktu menentang Kacang FC akibat dikasari.

Beliau bakal menjalani pembedahan lutut di pulau Bali yang digelar 'Rawatan Sambil Melancong'. Keindahan pantai memutih dan lambakan pelancong wanita luar diharap dapat menenangkan fikiran beliau dari mimpi ngeri kekalahan jumaat lalu.

"kehilangan Afiq sangat menyedihkan, lepas nie xde lagi gergasi yang mengerunkan pihak lawan di barisan pertahanan kami" jelas Munir selaku rakan baik dan paling rapat kepada beliau.

"kami sangat merindui Afiq...semoga beliau cepat sembuh dan kembali beraksi bersama Lanun" tambah kE.

Menurut pengurus Lanun, mereka dalam proses pencarian pemain baru untuk mengantikan tempat beliau. Pemain baru tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

Posted in | 0 comments

Presure Increase In Lanun Squad

Kemenangan bergaya Kacang FC berjaya membuktikan pasukan Lanun sekadar tin kosong sebelum perlawanan. Kekalahan memalukan apabila bolos 3 gol dalam tempoh 15 minit pertama ternyata membuktikan kemampuan Lanun masih jauh ketinggalan daripada pasukan bertaraf liga.

Kini ramai mempersoalkan adakah Lanun sudah cukup bersedia untuk beraksi dalam kejohanan liga kompetitif ini. Kurang pengalaman, mental yang lemah sebelum perlawanan dan fizikal yang kurang cergas dikatakan membantutkan keupayaan Lanun untuk memberi lebih saingan kepada pasukan lawan dalam setiap perlawanan.

Ketika diminta mengulas mengenai kekalahan perlawanan tersebut, majoriti pemain menyalahkan ketiadaan pengurus pasukan ketika perlawanan sebenar. Ketiadaan pengurus pasukan dikatakan menyebabkan pasukan kehilangan arah dan semangat perjuangan.

"taktik mengarut dan mengelirukan, tiada arahan semasa perlawanan dan bolos terlalu cepat membunuh semangat berlawan kami" rungut pemain tengah Lanun, Avicenna "pemain yang cedera tidak ditukar segera dan kenapa pemain utama kami di bangku simpanan?!" tambah beliau lagi.

Kekalahan ini memberi tekanan besar kepada pasukan Lanun Rombak. Awan mendung dapat dilihat dalam bilik persalinan kem mereka. Persoalannya kini, dapatkah mereka bangkit dalam perlawanan seterusnya?







Wajah murung, letih dan kecewa pemain-pemain Lanun jelas kelihatan semasa rehat separuh masa pertama

Posted in | 0 comments

Match 1 Report : vs Kacang FC

Tarikh : 20 Februari 2009
Tempat : MMU Stadium
Cuaca : Cerah
Suhu : 31'C

Keputusan : Lanun Rombak 1 : 3 Kacang FC
Jaringan Lanun : Iman (Freekick)

First Half:-

GK - Munir
RB - Lee
LB - Ajiza
CB - Senyum
CB - Afiq
DM - kE , Deevon , Faizin
CM - Avicenna , Iman
ST - Wan

2nd half

GK - Munir
RB - Manok
LB - Ajiz
CB - Jo
CB - Senyum
DM - Faizin , kE
CM - Anuar
RM - Iman
LM - Avicenna
ST - Wan

(Subs : Hilmie & Anuar Kecik)

Overalls:-

CHEMISTRY: 2/10
ATTENDANCE: 7/10
STAMINA: 5/10
ATTACKING: 3/10
CONTROLLING: 5/10
DEFENDING: 1/10
PASSING : 3/10
SPIRITS: 2/10
ATTITUDE: 4/10
STYLE: 2/10
SUPPORTER: 7/10

Posted in | 0 comments

Poll Result: Prediction vs Kacang FC this friday?

Dengan 41 undian, majoriti pemerhati merasakan Lanun akan tewas petang ini di tangan Kacang FC. Beritkut maklumbalas dari pasukan Lanun terhadap keputusan undian:-

Chairman, Fahmi "Saya tak peduli aper orang lain nk ckp keputusan perlawanan petang ini. Whats matter to me is result. Kalau tewas, careful...someeeebody gonna get hurrrrt"

Manager, Lomak "Tak sangka plak rmai yg vote sampai 41 orang. so bukan players Lanun jr vote poll nie...saya rasa pasukan musuh pun singgah laman rasmi kami dan vote. tidak syak lagi ini perang psikologi sblm game, strategy team lawan nk jatuhkan moral team kami. Apa2 pun saya harap pemain Lanun tidak terpengaruh dengan keputusan ini sebaliknya memberi sepenuh perhatian pada perlawanan petang nie dan buktikan kita terbaik!"

Captain, Senyum 5 "ahhhh...aku pedulik apaaa...jom Lanun semua! kita rompak semua harta kacang sampai CLEAR!!"

Manok 4 "this poll is nonsense! perjuangan kami baru bermula. more fighting spirit, more confidence, and more team work! we can win this!"

Nakai Sofian 26 "saya akan buktikan mereka silap petang ini. diharapkan semua penyokong2 die hard fan Lanun turun ke stadium petang ini dan memberi sokongan kpd kami. ur moral support absolute vital to the team"

Avicenna "atas paper mereka kuat, pengalaman mereka lebih daripada kami...apa2 pun kalo aku x score petang nie...aku gerenti assist...tu confirm dari aku!"

Baha "aku rogol sape yg duk kt bilik time game Lanun petang nie!"

Iman 22 "aku selaku pemain terpantas dalam Lanun gerenti takde player kacang bole kejar aku"

kE 7 "sebelum nk lepas line defence Lanun...kasi lepas aku dulu plz"

Hilmie 21 "bro poll nie xde aper2 makna...kita boleh menang punya"

Jo 20 "aku xmo ambik pusing poll nie...janji ader awek, aku main semangat dan bergaya"

Anuar 10 "no comment"

Wan 28 "janji aku dapat bola kita ada peluang menang"

Mamu 16 "sorry saya tak hadir petang nie...ada hal peribadi...all the best rakan2 seperjuanganku!"

Reza 8 "aku baru lagi kat Lanun, tak berani nk ckp ape2...tapi mintak semua jangan percaya sangat poll tu...dongengan semata2"

Munir 13 "13 no Ballack beb...pernah tengak Ballack jdk keeper? nk tgk Ballack jdk keeper? x percaya? turun stadium petang nie kalo nk tgk"

Afiq 15 "sape tak nampak aku atas padang petang nie pendek umur"

Devon "deevon meh turun petang nie support aku...ada ko baru aku semangat! musuh jumpa aku atas padang mcam nmpk dua devon"

Anuar 12 "aku low profile skit...consider secret weapon Lanun lh"

Dapatkah Kacang FC menumpaskan Lanun Rombak dan terus mendakwa mereka ini hanya tin kosong sahaja? Apakah semangat pemain Lanun yang kencang ini dapat ditafsirkan dengan kemenangan ke atas Kacang FC? Sama-sama kita nantikan perlawanan petang ini di stadium MMU. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan suasana.

Posted in | 0 comments

Lanun Manager Called By Fifa

Pengurus Lanun, Lomak terpilih dikalangan tiga pengurus pasukan mewakili benua Asia bagi menghadiri kursus kejurulatihan dan forum perbincangan masa hadapan dunia bola sepak di Asia Barat.

Seminar kendalian FIFA selama seminggu ini turut melibatkan 13 pengurus-pengurus dari pasukan terpilih seluruh dunia. Apabila tamat seminar, Lomak bakal dianugerahkan sijil pengurusan FIFA yang melayakan beliau menjadi jurulatih bagi mana-mana pasukan di bawah naungan Kesatuan Eropah (EU).

Presiden FAM, DYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah mengucapkan tahniah dan menyatakan rasa bangga baginda apabila anak tempatan berjaya terpilih selepas 51 tahun kemerdekaan negara. Selain mengharumkan nama negara di persada bola-sepak dunia, pemilihan beliau membuktikan kemampuan anak tempatan dalam penguasaan bidang kejurulatihan setanding dengan pengurus-pengurus kelas dunia masa kini. Baginda berharap pemilihan Lomak dilihat sebagai batu lonjatan untuk meniup semangat masyarakat agar berkerja keras dan tidak terlalu menyanjung tinggi negara-negara besar bola sepak.

Disamping itu, pemilihan Lomak bermakna beliau terlepas mengendali perlawanan pembukaan pasukan Lanun menentang Kacang FC hari ini. Ketika diminta mengulas samada ketiadaan beliau akan memberi kesan kepada pasukan dan keputusan perlawanan?

"I dont think so. My assistant, Nakai Sofian will be the man incharge for this game. I already discuss with him team tactics dan strategy for the match before my departure. I fully confident my team under him will bring me great news"

Posted in | 0 comments

Nakai Given New Lanun Contract

Bekas pemain Kayu FC, Lanun dan SDX FC; Nakai Sofian, telah ditawarkan untuk menyambung kontrak beliau untuk tempoh semusim lagi bersama pasukan Lanun sebagai penolong pengurus pasukan. Bekas pertahanan tengah pasukan Lanun ini meluangkan masa ditemuramah selepas selesai sesi menandatangi kontrak di Alamanda, Putarjaya.

Wartawan: Beri sedikit komen perlantikan anda untuk terus kekal sebagai tenaga pengurusan?
"Saya berasa bangga kerana terus diberi kepercayaan oleh lembanga pengarah untuk membimbing pasukan Lanun musim ini. Peluang ini saya anggap sebagai bukti kerja saya sebelum ini dalam Lanun dihargai dan tidak sia-sia. Saya percaya gandingan dan kerjasama saya bersama Lomak kali ini bakal memberi perubahan sangat besar kepada pasukan Lanun"

Wartawan: Kerjasama anda berdua terbukti tidak membawa sebarang kejayaan untuk Lanun musim-musim lepas?
"memang tidak dinafikan keputusan Lanun setakat ini sangat mendukacitakan namun kami belajar dari kekalahan. Pengalaman pahit lepas akan dijadikan iktibar dan panduan agar Lanun lebih bersedia musim ini. Losing will make us even stronger! dont worry this sad drama will not continue forever. patient...just wait and see until end season. i promise u will watch happiness in the end"

Wartawan: Bukankah anda masih SDX FC?
"Walaupun saya masih sebahagian dari pengurusan SDX, Once Lanun Forever Lanun...terlalu banyak kenangan berharga selama dua musim bersama Lanun membuat hati saya berat untuk menolak tawaran ini. Lagipun buat masa ini SDX tidak terlibat dengan mana-mana perlawanan rasmi sehinggalah bulan April or Jun ini. Saya mahu pastikan sekiranya meninggalkan Lanun suatu hari nanti, saya tinggal dengan pasukan Lanun yang menang, kuat dan disegani"

Wartawan: Kemampuan Lanun musim ini?
"Sudah pasti layak ke pusingan kedua! Itu jaminan saya"

Posted in | 1 comments

Match 1 : vs Kacang FC

Tempat : Stadium MMU
Masa : 5.00PM
Pakaian : ALL BLACK

Apa perlu anda lakukan sebelum game?
Satu Pemain Satu Awek
(setiap pemain diwajibkan membaca seorang kenalan wanita...bayangkn kita ader 18 pemain...at least 18 aweks sokong Lanun...rekod tu beb!)
Semua buat status ym psl game nie agar dpt tarik lebih ramai penonton
(dekat jr dgn hostel takkan xleh mai kot)
Tonton atau download video2 aksi2 pemain2 bola sepak terkemuka dunia di youtube atau google
(bagi semangat dan confident sket sblm game)
Jaga pemakanan
elakan...
makanan berminyak
minuman mgandungi susu lemak manis
lunch sejam sblm game
banyakan minum air kosong berkualiti

[aisehman flight dah pggil...gtg...gudluck all! All the best! Pastikan aku pulang dengan berita gembira!! hehe]

Posted in | 0 comments

REPORT : 19 Feb Training (Fitness)

Tempat : Stadium MMU

Kehadiran :-
Manok, Aziz, Hilmie, Wan, Lee, Senyum(lewat!)
Ponteng :-
Too many to be listed here +_+

Aktiviti :-
Jogging
400M
100M
Team & StrategyTalks
Sesi Hati ke Hati

Buku rekod hilang dalam aksi. Oleh itu hanya ranking yang ingat. Maaf kawan2 :((

400M :-
1.Hilmiie 01:11:56
2.Senyum 01:20:77
3.Lee 01:22:63
4.Manok
5.Aziz
6.Wan

100M:-
1.Senyum
2.Lee
3.Hilmie
4.Aziz
5.Wan
6.Manok

Kesimpulan :-
walaupun kehadiran mendukacitakan dan bermula lewat, secara keseluruhan objektif dan misi latihan utk fitness berjaya. Diharapkan pemain yg hadir training dpt share apa yang dibincang sewaktu team talks dan sesi hati ke hati.
Tidak lupa juga...sila pecahkan rekod Hilmie 400M dan Senyum 100M erk smua time next training...captain anda dh mula riak dgn rekod beliau.

Posted in | 0 comments

Result : vs Spirulina FC (Draw 1-1)

Tarikh : 18 Februari 2009
Tempat : padang tepi parit, belakang padang btol
Cuaca : Mendung
Suhu : 28’C
Keputusan : Seri 1 - 1
Jaringan : 1 Manok
Assist : Avicenna

First Half :-
Munir GK
Lee RB
Senyum CB (C)
Afig CB
Aziz LB
kE DM
Iman RW
Jo CM
Anuar CM
Mamu LW
Wan ST

Second Half :-
Munir GK
Lee RB
Senyum CB (C)
Afig CB
Devon LB
kE DM
Hilmie RW
Avicenna CM
Anuar CM
Parab LW
Manok ST

Overall :-
CHEMISTRY: 6/10
ATTENDANCE: 8/10
STAMINA: 6/10
ATTACKING: 4/10
CONTROLLING: 6/10
DEFENDING: 7/10
PASSING : 5/10
SPIRITS: 8/10
ATTITUDE: 6/10
STYLE: 4/10
SUPPORTER: 2/10

Anugerah tamat perlawanan :-

Pemain Paling Berskills : Iman
Pemain Paling Bising : None
Pemain Paling Cedera : Devon & Mamu
Pemain Paling Cemerlang : Lee
Pemain Paling Cepat : Unknown (tiba)
Pemain Paling Cepat : kE (balik)
Pemain Paling Comel : Tidak dipertandingkan
Pemain Paling Ego : Jo
Pemain Paling Emo : Hilmie
Pemain Paling Hensem : Senyum
Pemain Paling Kelakar : None
Pemain Paling Laju : Manok & Senyum
Pemain Paling Lambat : Avicenna
Pemain Paling Lucu : Munir
Pemain Paling Macho : Anuar
Pemain Paling Malas : Parab
Pemain Paling Pancit : Parab
Pemain Paling Patuh : Afiq
Pemain Paling Sempoi : Aziz
Pemain Paling Senyap : Wan & Devon
Pemain Paling Singkat : Hilmie
Pemain Paling Solo : Iman

Anugerah Lain :-
Penonton Paling Bising : Baha
Penonton Paling Cool : Deevon
Penonton Paling Cerewet : Nibee
Penonton Paling Senyap : Natsu
Penonton of the Match : Baha
Awek of the Match : None

Missing In Ocean :-
Faizin
Reza
Anuar Boy














(up)Para penyokong mengambil kesempatan bergambar bersama pasukan Lanun










(left) Misteri kehadiran seorang penyokong Lanun tidak dikenali

(top) Mamu berang ketidakhadiran doktor pasukan untuk merawat lutut beliau

Posted in | 0 comments

Misi Tawan Kapal Spirulina FC!

harinie merupakan perlawanan persahabatan ketiga Lanun Rombak menjelang perlawanan rasmi pertama liga MMU menentang Kacang FC jumaat ini.

Details :-

Musuh : Spirulina FC
Tarikh : 18 Februari 2009
Tempat : Padang Shell
Masa : 530 petang
Pakaian : Serba Hitam

Apa perlu anda bawa? :-

Yuran RM25
Semangat
Stamina
Pakaian sukan
Bot bola padang
Air minuman
Plaster
Meriam kapal
Teman wanita
Penyokong (wanita gak)
Pelampung

Sila maklumkan segera kepada Senyum The Captain sekiranya takde transport erk

Amanat dari manager :-

Pertemuan terakhir kita dengan mereka berkesudahan 1-2. masih ingat lagi kalah melalui gol corner and freekick dari Din time tu. oleh itu diharapkan semua dapat menebus semula kekalahan kita sebelum ini. satu-satunya gol kita dijaringkan oleh Hari. tak silap aku perlawanan tersebut merupakan game friendly pertama Lanun Return.

Kepada para defender, objektif utama anda semua mencari chemistry antara pertahanan menjelang perlawanan sebenar jumaat ini. Jangan bolos! GK sila communicate with defender dan jangan off positioning.

Kepada midfields, sila work partnership antara satu sama lain...dm, dc dan wing. try practise gunakan ruang dan player wing's. objektif utama korang...control mid dan passing yang cantek!

Kepada fwd/striker, tugas anda mudah jer...jaga offside, kurangkan gentel, dpt bola mesti shot on target dan yang paling penting...dptkn gol :)

Pemain lawan perlu diberi perhatian :-

n3n3k (mastermind mereka)
sunan (top scorer mereka)
haziq flipOff (laju dikedudukan sayap)
dan 2 org lagi tp xtau nama :))
rajin2 melawat blog pasukan mereka...mane tau bole curik some facts tentang mereka hehe

aku spend time banyak kat blog nie supaya kita semua bersemangat untuk main dan menang.
kalo tgk balik kat stats tu...bapak byk bolos!

oleh itu saya merayu jangan kita tambah lagi bolos untuk perlawananan arinie.
ayuhhh mari kita tawan kapal mereka!! hehe


(pss: sila drop comments sekiranya ada cadangan, pesanan, taktik atau bantahan kepada pasukan atau sesiapa erk)

Posted in | 0 comments

LoMaK Position On Danger

para penyokong dan beberapa pemain Lanun mempersoalkan kredibiliti Lomak selaku pengurus pasukan Lanun.
dengan rekod 12 kekalahan berbanding hanya 2 kemenangan sepanjang dua musim membimbing Lanun menjadikan imej pasukan tercemar dan sering dinamakan sebagai pasukan belasahan. ada pihak mendesak agar beliau melepaskan jawatan disandang masa kini dan digantikan oleh orang yang benar-benar berpengalaman dan bertauliah sebagai jurulatih.
nama besar seperti shuk dan senyum disebut-sebut sebagai bakal penganti tempat beliau

sambil mengambil sikap membisu, kelemahan Lanun dikatakan berpunca daripada masalah dalaman diantara pemain, pembelian & pemilihan pemain yang tidak tepat dan sikap beliau yang enggan menerima nasihat dan pandangan dari masyarakat sekeliling menjadi faktor utama kemerosotan persembahan Lanun sekarang

tekanan semakin meningkat kepada pengurus apabila syarikat seperti TM Net dan Citibank menyatakan hasrat mereka untuk tidak menyambung kontrak penajaan berdasarkan prestasi hambar dipamer Lanun. namun begitu Lomak memberi jaminan Lanun akan terus menerima tajaan untuk musim baru ini. desas-desus ada mengatakan beliau dalam proses rundingan dengan sebuah syarikat gergasi antarabangsa untuk menaja Lanun

Lomak merayu agar beliau terus diberi kepercayan membimbing Lanun dan berharap para pemain dan penyokong setia Lanun terus bersabar dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi untuk pasukan dalam mengharungi musim liga kali ini yang penuh onak cabaran

persoalanan kini, siapa berkuasa memecat beliau? dan adakah Lanun akan berkubur sekiranya beliau dipecat?



Lomak menunjukan isyarat tanda yakin kepada wartawan

Posted in | 1 comments

Avicenna demand Captain post

pertikaian siapa yang layak menjadi captain terus menghantui skuad Lanun apabila berita terbaru memaklumkan pemain baru dibeli Lanun musim ini, Avicenna menyatakan hasrat beliau untuk menjadi captain Lanun.

pengalaman luas sebagai captain pasukan Seryes FC, ICU FC dan SDX FC serta beberapa pasukan futsal menjadi sandaran terbaik beliau bagi menyakinkan semua pihak beliau merupakan pilihan tepat untuk mengemudi pasukan Lanun sekarang.
beliau enggan memberi sebarang komen kepada para media apabila diminta mengulas tentang apa yang berlaku

namun begita hasrat beliau ditentang oleh beberapa pemain Lanun termasuk rakan seperjuangan beliau semasa di Seryes FC dan SDX FC yang kini turut sama memeriahkan kem Lanun iaitu Jo dan Iman.

menurut JO
"gulingkan Avi kalo dia jadik kapten!...gile kuasa ker aper...semua team dia join nak jadi kapten...aku bantah!"
manakala Iman
"kalo team nie pun dia jadi kapten...aku ngan Jo quit Lanun!"

nampaknya situasi yang melanda pasukan Lanun tidak ubah seperti senario yang melanda pasukan England apabila Terry, Ferdinand dan Gerrad masing-masing mahu menjadi captain. sudah pasti pening kepala manager untuk membuat keputusan siapa yang benar-benar layak membimbing pasukan Lanun ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang.



aksi Avicenna ketika mewakili pasukan SDX FC

Posted in | 1 comments

Ops Ngap FC Almost Grab kE

pasukan Ops Ngap FC hampir-hampir berjaya menambat pemain no 7 Lanun, kE di saat-saat akhir pintu perpindahan pemain.
kE hanya menyatakan keputusan beliau untuk terus kekal bersama pasukan Lanun setengah jam sebelum bermulanya perlawanan pertama Ops Ngap FC menentang Spirulina FC

apabila diselidik, lembaga pengarah Lanun ternyata kecewa apabila dalam senyap-senyap kE bermain untuk perlawanan persahabatan mereka tanpa terlebih dahulu meminta kebenaran dari mereka. lebih mengeruhkan keadaan, nama beliau turut tersenarai dalam skuad Ops Ngap FC untuk pendaftaran pasukan liga

ketika diminta penjelasan dari kE
"jangan risau komitmen saya masih 100% untuk pasukan Lanun...saya memohon maaf kepada semua pemain dan peminat diatas keterlanjuran saya"



kE on action during friendly match against Seryes FC

Posted in | 0 comments

"I'm a better GK than Lee!" Munir

keadaan kembali tegang sekali lagi dalam kem latihan Lanun apabila keeper no 2, Munir memaksa manager menurunkan beliau selaku keeper utama Lanun untuk perlawanan pertama menentang Kacang FC jumaat ini.

menurut beliau "walaupun aku nie tak setinggi Lee, tapi ilmu keeper aku lagi tinggi dari dia!"
tambah beliau lagi "tengok friendly lawan Seryes FC aritu, aku bolos sebijik jer...Lee bolos 2 bijik!"

apabila diminta ulasan dari manager Lanun, beliau enggan menyatakan keputusannya.
Menurut beliau masih terlalu awal untuk membuat pilihan keeper utama Lanun.
Kedua-dua mereka akan terus diuji dan mereka harus membuktikan kebolehan masing-masing sewaktu perlawanan persahabatan menentang Spirulina FC rabu ini.

tambah beliau, keeper utama Lanun akan dirahsiakan sehingga perlawanan sebenar jumaat ini bagi mengelak pasukan lawan membaca taktik sebenar pasukan Lanun dan mengelak memberi peluang kepada mereka untuk lebih bersedia














(Left) Lee
(Top) Munir

Posted in | 0 comments

"Call me Lanun Captain from now on" Senyum

keadaan kecoh seketika semalam sewaktu sesi latihan ringan pertama pasukan Lanun apabila sebelum bermulanya latihan, Senyum bersuara "ampa kena panggey aku captain lanie"

apabila ditanya sebab utama tindakan beliau, Senyum menjelaskan sewaktu dibawah kepimpinan Anuar selaku captain Lanun sebelum ini, keputusan Lanun sangat mendukacitakan dan mengecewakan banyak pihak terutama penyokong setia pasukan Lanun.
menurut beliau lagi "caya kat aku...aku lagi best daripada dia"

ketika diminta penjelasan daripada para pemain Lanun yang lain, majoriti menyokong penuh pencalonan sendiri Senyum dan merasakan Lanun boleh pergi dengan lebih jauh dibawah kepimpinan beliau.

ulasan dari manager Lanun pula, Lomak
"bagus gak senyum jadik manager, dia bole tarik banyak aweks tonton game Lanun...dia kan hensem and ramai kawan aweks...dengan adanya penyokong kaum hawa ini sudah tentu semangat pemain akan melonjak-lonjak macam letusan gunung berapi"


Senyum sedang menyatakan sesuatu kepada Lomak

Posted in | 3 comments

Back In Action

selepas menyepi untuk begitu lama...akhirnya pasukan Lanun kembali ke arena bola sepak MMU
bermula dgn pasukan X10, kemudian Lanun Rangers, dan muncul terakhir dgn Lanun Return...pasukan Lanun masih tidak dilupakan dikalangan pemain2 pasukan lain...sana sini orang masih kenal dan memperkatakan tentang Lanun

mengimbas kembali sejarah Lanun selepas hilang 2 semester,Lanun hanya muncul dalam liga semester 3

why?kekuatan dan pengalaman Lanun yg dikatakn masih average dan amatur menjadi penyebab
semester 1 - divisyen (x lepas playoff)
semester 2 - cup (x cukup players n short sem)
semester 3 - league (only chances to join mmu football scene)

comeback this sem?

pada mulanya ingatkn Lanun berkubur...myself pun dh putus asa mulanya psl ex players rmai dh xde n brhijrah ke pasukan lain
terima kasih kpd Senyum...beliau menjadi tunjang kpd pasukan Lanun yg baru dgn bantuan Aziz n kE...mereka mula mengumpul kembali ex players yg masih ada kemudian mula mencari bakat2 baru yg mempunyai semangat bolasepak yg tinggi tetapi masih tercari2 pasukan

berbekalkn muka yg hensem n keperamahan beliau, Senyum berjaya mengumpul majoriti ex players Lanun yg masih ada di MMU tetapi tidak lagi active...beliau berjaya menyakinkan mereka ini untuk kembali ke padang untuk beraksi...syabas kepada Senyum~!
thank you so much for giving Lanun life back...dari situ, satu demi satu pemain ditarik...rata2 pemain yg sertai Lanun kalinie adalah berantai
meaning : kawan kpd kawan ajak join team seperti afiq n muniq kwn kpd kE dan devon n wan kwn kpd aziz

berbekalkan juga syarat yg membenarkan ex mmu untuk turut serta dalam liga kalinie maka Avicenna turut diundang menyertai Lanun apabila pasukan beliau, SDX FC (naik johan Liga) mengesahkan tidak menyertai liga utk semester ini
utk pengetahuan semua, Lanun sudah byk kali memancing Avicenna utk menyertai pasukan ini, sejak kemunculan awal Lanun lagi namun disebabkan terikat kpd pasukan Seryes FC ketika itu, beliau menolak walaupun waktu itu kami sanggup membayar beliau every games huhuhu

Avicenna bukan satu2 nya pemain dr pasukan SDX FC berjaya ditarik untuk menyertai Lanun
Reza, Jo dan Iman turut berjaya ditarik menyertai pasukan ini
beberapa pemain lain dari SDX FC turut menyatakan minat mereka untuk menyertai Lanun tetapi disebabkan quota pemain yg telah penuh...dengan perasaan berat hati terpaksa menolak
diharapkan mereka memahami dan mohon maaf dipinta :(
(hopefully near future u guys can be part of Lanun history)

target?
jika dilihat semula sejarah penyertaan Lanun dlm liga MMU sblm ini
tempat terbaik yg penah diraih hanya second last in group
Lanun Rangers - 1 win 1 draw 3 loses
Lanun Return - 1 win 1 draw 2 loses
as a result we hv set the bar higher this time...PASS GROUP STAGE
hopefully we can achieve the objective this semestergambate everyone~!
remember Lanun motto
"play for fun but give our best"

Posted in | 0 comments

Lanun Dalam Kenangan




Posted in | 0 comments

Lanun Lanuch New Website~!

Selamat Datang ke laman web terbaru pasukan LANUN.
Bagi membezakan antara bola sepak dan personal news pengarang, maka laman blog baru dilancarkan untuk pasukan LANUN.
Diharapkan blog ini menjadi meda untuk sebarang berita terbaru, perbincangan, simpanan memori dan sejarah pasukan LANUN disamping dapat mengeratkan sillaturahim antara pemain-pemain LANUN.

Posted in | 2 comments