RULES AND REGULATIONS LANUN CUP 2009


BONUS POINT

Seperti edisi terdahulu, markah bonus akan diberi kepada pasukan yang berjaya melengkapkan kriteria berikut...

1.Warna baju pasukan seragam mengikut tema warna diberi. (1 point)
2.Ketua pasukan memakai sarung lengan kapten ketika bermain. (1 point)
3.Setiap pasukan mempunyai minimum 1 org awek. (1 point)
(Jangan pandang lewa perkara ini kerana ader pasukan tewas disebabkan kehilangan markah bonus edisi lepas :)
(Tiada toleransi sekiranya sesebuah pasukan gagal memenuhi kriteria ini)
* * *

PERATURAN PERTANDINGAN

1.Masa 6 minit untuk setiap perlawanan. Tiada pertukaran pintu gol atau break separuh masa.
2.Tempoh menunggu bagi pasukan yang lewat hanya 2 minit.
3.Subs player tidak melebihi 2 pemain per game, pemain yang keluar tidak dibenarkan masuk semula.
4.Setiap pasukan wajib menyediakan seorang pengadil.
5.Pemain menerima 2 kad kuning game berbeza digantung satu perlawanan.
6.Pemain menerima kad merah digantung satu perlawanan.
7.Pasukan terikat mata yang sama pada peringkat kumpulan akan ditentukan melalui jumlah jaringan tolak jumlah bolos.
8.Masa tambahan hanya 2 minit (Golden goal) sekiranya keputusan seri pada perlawanan penentuan ranking.
9.Sepakan penalty sebagai penentu pemenang sekiranya perlawanan berakhir seri selapas masa tambahan diberi.
10.Sebarang pergaduhan berlaku, pemain terlibat tidak dibenarkan beraksi sepanjang kejohanan.
11.Keputusan urusetia dan pengadil adalah muktamad.
12.Hanya manager/kapten dibenarkan membuat sebarang pertanyaan, rayuan & bantahan kepada urusetia kejohanan.

13.Sebarang unsur2 jenayah dan sabotaj seperti meracun pemain lawan, mengurat gf pasukan lwn, rasuah, sexual harassment pada wanita mahupun lelaki, menipu result perlawanan, gile kuasa, berpolitik, mengunakan bomoh, berbogel, curik player lawan, curik makanan or minuman pasukan lwn, merosakan kereta pemain lawan seperti calar/pancitkn tayar/pecah cermin/curik wiper, buat2 pengsan, bersolek, stoking memberi bau meloyakan, mempunyai senjata api, mercun or object merbahaya dan lain-lain…semua crime2 ini akan dikenakan hukuman berat! Kami tidak teragak-agak membawa anda ke balai polis berdekatan sekiranya tiada penyelesaian.

14.Mencarut atau melontar kata2 kesat ketika permainan, pengadil berhak memberi kad kuning atau merah sekiranya situasi terlalu buruk!
15.Urusetia penganjur berhak menukar mana-mana peraturan pada bila-bila masa semasa kejohanan berlangsung dan sebarang pertikaian tidak akan dilayan.
* * *

PESANAN PENGANJUR


1. Play for fun with great sportsmanship...tujuan utama kejohanan ini utk mengeratkn sillaturahim, hiburan melalui sukan dan gathering...kalah & menang hanya sebagai sampingan utk mewujudkn persaingan sihat...always remember that ;)
2.Manager sila pastikan anak buah dpt semua info, ader transport dan tiba on time.
3.Sila pandang serius bonus point, ia memberi kesan besar kepada kedudukan pasukan dalam kumpulan kelak.
4.Makanan & minuman tidak disediakan.
5.Manager setiap pasukan bertanggungjawab mengutip duit daripada pemain2 dan memastikan mereka on their best behavior.
6.Pasukan yang menang akan membawa pulang piala pusingan namun perlu diserahkan semula sekiranya kejohanan sama diadakan semula.
7.Kepada pengadil pilih kasih, fixing match atau individu merasuah pengadil...
(Sila jawap kat akhirat kelak :)
8.Manager perlu memastikan pemain2 anda membaca offincal blog tournament ini bg memberi gambaran jelas rules & regulation kejohanan
9.Manager sila pastikan semua player ader transport & hadir tepat pada masa kejohanan (ulangan)
10.Manager sila pastikan pemain2 memakai baju/jersey mengikut tema warna diberi
11.Sila bwk gadis2 sebanyak mungkin kerana kita mempunyai lebih 60 lelaki yg hadir hoho...kehadiran golongan hawa sudah pasti menambah seri & kemeriahan kepada kejohanan
12.Urusetia penganjur tidak menyediakan first aid kit, setiap pasukan dinasihatkn membawa sendiri peralatan kecemasan.


Posted in |

0 comments: