RUMAH BIRU READY TO ROCK LANUN CUP '09 AS SIXTH TEAM


Sebuah lagi pasukan baru, 'Rumah Biru' menjadi pasukan keenam mengesahkan penyertaan Lanun Cup '09. Dianggotai majoriti pemain Lanun Rombak dan 2 pemain Mantis FC, mereka dilihat pasukan paling menyakinkan memberi tentangan kepada pasukan juara edisi terdahulu dan perlu diberi sepenuh perhatian oleh pasukan-pasukan lain yang bertanding. Dibarisi 4 pemain yang yang pernah beraksi di pentas Lanun Cup, pengalaman mereka dikatakan menjadi kunci kejayaan dalam menempis segala pujuk rayu, tipu helah dan strategi pasukan lawan.

Edisi ketiga Lanun Cup menyaksikan Rumah Biru dikatakan menjadi pasukan paling sukar untuk dibolosi melihat dari rekod cemerlang barisan pemain. Diketuai oleh kapten Lanun Rombak sendiri, Senyum bakal bergandingan dengan Acied di barisan pertahanan dan menjadi tunjang utama kekuatan pasukan. Lee selaku penjaga gawang hanya membenarkan 2 jaringan dibolosi pihak lawan sepanjang karier beliau menjadi penjaga gawang utama Lanun Rombak. Disamping itu pasangan borneo, Aziz dan Devon dilihat mampu menjadi gandingan emas untuk memperondak-perandakan pertahanan lawan di barisan serangan. Mereka dilihat memiliki kelebihan apabila 3 dari pemainnya baru sahaja menjuarai Kejohanan Futsal MMU.

Menurut kapten pasukan
"aku baru jer bulan lepas jadi johan futsal mmu yang ada pemain arab hebat2 dan ramai wakil mmu...apa lh sangat lanun cup nie stakat smua pemain local dan ramai jarang brfutsal...lgpun ramai yang masuk kalinie aku dh tewaskan time futsal mmu aritu...so aku harap diorg tarik diri sementara masih ada masa atau pulang dengan tangisan kelak"

Bagi edisi ke 2009 Lanun Cup, Rumah Biru dibarisi...

Lee ,
Mamu ,
Aziz ,
Devon ,
Acied ,
Syamil dan
Senyum selaku kapten pasukan.

Lee - Lawan sering serba salah untuk menjaringkan gol kerana terpedaya dengan wajah cina beliau
Mamu - Berhati-hati dengan gelecek 'tarian capoeira' beliau kerana bisa buat anda pening dan pitam
Aziz - Hanyut dengan godaan Senyum apabila dengan mudah belot dari pasukan Jiwa Runsing FC
Devon - Sering disalah anggap dengan deevon paparazzi Lanun kerana memiliki senyuman yang sama
Acied - Tinggi+laju+body+hensem+jiwang+kasut mahal = perfect defender
Syamil - Bakal berjogging 7 pusingan di trek stadium mmu menjelang 45 mnt sebelum kejohanan
Senyum - Bakal memiliki stamina kuda zorro apabila minum 24 tin red bull menjelang malam kejohanan

Gagal membimbing Lanun Rombak menjuarai Liga MMU namun berjayakah Senyum membimbing Rumah Biru menjuarai Lanun Cup '09?
Sama-sama kita nantikan malam ini di Puchong...

Posted in |

0 comments: