THIRD EDITION LANUN CUP 2009 FINALLY OVER


Alhamdullilah Lanun Cup Edisi Ketiga 2009 berakhir dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang bertanding tidak kira menang mahupun kalah. Meskipun objektif bermain untuk seronok tidak tercapai
(smua main agresif & serius gile!) namun objektif untuk mengeratkan sillaturahim tercapai!
Kemesraan dan gurauan senda dapat dilihat dikalangan pemain dan penyokong yang hadir hehe
Event ini umpama gathering or reunion antara yang baru dan lama, yang jauh dan dekat...
ia juga mengubat kerinduan daripada perpisahan yang berhari, berminggu, berbulan, bertahun lamanya.

Dikesempatan ini pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pemain pasukan yang bertanding kerana memberi kerjasama dan membantu melancarkan perjalanan sepanjang kejohanan ini berlangsung. Kami di pihak urusetia memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan samada tidak sengaja atau disengajakan hehe keputusan Lomak adalah muktamad muahaha

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada Nakai & Deevon yang membantu sepanjang berlangsungnya kejohanan sebagai pegawai/pengadil/penjaga masa/jurugambar serta Izmie, Senyum & Lee bertindak selaku pegawai sebelum kejohanan yang banyak membantu bagi memastikan persiapan berjalan lancar (bg guna kredit hp) menjelang hari Lanun Cup.

Diharapkan korang semua berpuas hati dengan hadiah disediakan walaupun nilainya tidak seberapa huhu
Semoga dapat lagi kita berjumpa dan berkumpul beriadah sekali lagi dalam edisi Lanun Cup yang akan datang sekiranya dipanjangkan umur dan diizinkan Tuhan (macam dah takder jr...yg nie last kot haha) Adios~!

eh2 lupa plak...akhir kata...GOOD LUCK FOR YOUR FINAL EXAM~!
Study Study!...kalo baca baca tak masuk gak...meniru jer time exam tapi meniru dengan smart!! hehe

(Sorry kpd kawan2 yang aku x sempat layan dan borak lama terutama kawan2 jarang jumpa...terlalu busy bagi memastikan event brjalan lancar dan tulus...hopefully kita dapat jumpa lg next time...at least dpt jumpa korang td aku dh seronok cuma tak sempat nk bergelak ketawa berlawak bersama seperti selalu :(

Champion - ICU FC

Rank 2 - AHLI JEMAAH SURAU

Rank 3 - BOTAK DUNGU

Rank 4 - BARISAN MOJAKO

Rank 5 - JIWA RUNSING FC

Rank 6 - RUMAH BIRU

Rank 7 - SANTAU FC

Rank 8 - ALL LEGEND STARZ

Posted in |

0 comments: