BOTAK DUNGUN COMPLETE LAST TEAMS FOR LANUN CUP 2009


Pasukan terakhir yang melengkapkan senarai pasukan bertanding dalam edisi ketiga Lanun Cup 2009 ialah pasukan baru, Botak Dungu. Dibarisi majoriti pemain Spirulina FC dan diketuai oleh manager pasukan itu sendiri iaitu N3n3k, mereka memberi amaran awal kepada pasukan lawan agar bersedia manahan malu dan diaibkan dihadapan penyokong sendiri.

Meskipun kesemua pemain tiada pengalaman beraksi di pentas Lanun Cup namun ratusan gambar-gambar edisi terdahulu dijadikan rujukan dan bahan bukti untuk mempersiapkan sebuah pasukan yang sempurna dari segi mental dan fizikal. Setiap pemain dibekalkan file mengandungi butiran lengkap dan statistik pasukan lawan yang bertanding agar mereka mengetahui pola dan corak permainan musuh.

Malam sehari sebelum pertandingan menyaksikan kesemua pemain berlatih berenang di kolam renang akuatik Shah Alam bagi memastikan stamina setiap pemain berada pada tahap terbaik. Disamping itu, para pemain Botak Dungu turut menjalani rawatan urut tradisional di Hospital Putrajaya tingkat 4 untuk melancarkan perjalanan darah dan meleraikan urat-urat yang tersimpul di dalam badan.

Bagi edisi Lanun Cup 2009, pasukan Botak Dungu dibarisi...

Sunan ,
Syahir Panjang ,
Syahir Pisang ,
Haziq (FlipOff) ,
Haziq (Seryes)
Jarir dan
N 3 n 3 k sebagai kapten pasukan.

Jarir pernah digantung sekolah kerana sering menimbang bola sewaktu lagu Negaraku dinyanyikan
Syahir Panjang pernah digantung sekolah kerana memiliki vcd lucah Victoria Beckham
Syahir Pisang pernah digantung sekolah kerana sering memakai jersi Manchester Utd ke sekolah
Haziq Seryes pernah digantung sekolah kerana mencuri jersi Arsenal pengetua
Haziq FlipOff pernah digantung sekolah kerana membakar jersi Manchester Utd guru displin
Sunan pernah digantung sekolah kerana memukul perempuan yang memanggil beliau kaki bangku
N 3 n 3 k pernah dibuang sekolah kerana membakar kereta guru sukan kerana marah tiada aktiviti bermain bola sewaktu pendidikan jasmani

Memiliki kelebihan gandingan mantap dua pasangan kembar berlainan rupa paras dan ibubapa, mampukah mereka sekurang-kurangnya melangkah ke final atau pulang dengan pingat di dada dalam penampilan pertama?
Sama-sama kita nantikan malam ini di Puchong...

Posted in |

0 comments: