Misi Tawan Kapal Spirulina FC!

harinie merupakan perlawanan persahabatan ketiga Lanun Rombak menjelang perlawanan rasmi pertama liga MMU menentang Kacang FC jumaat ini.

Details :-

Musuh : Spirulina FC
Tarikh : 18 Februari 2009
Tempat : Padang Shell
Masa : 530 petang
Pakaian : Serba Hitam

Apa perlu anda bawa? :-

Yuran RM25
Semangat
Stamina
Pakaian sukan
Bot bola padang
Air minuman
Plaster
Meriam kapal
Teman wanita
Penyokong (wanita gak)
Pelampung

Sila maklumkan segera kepada Senyum The Captain sekiranya takde transport erk

Amanat dari manager :-

Pertemuan terakhir kita dengan mereka berkesudahan 1-2. masih ingat lagi kalah melalui gol corner and freekick dari Din time tu. oleh itu diharapkan semua dapat menebus semula kekalahan kita sebelum ini. satu-satunya gol kita dijaringkan oleh Hari. tak silap aku perlawanan tersebut merupakan game friendly pertama Lanun Return.

Kepada para defender, objektif utama anda semua mencari chemistry antara pertahanan menjelang perlawanan sebenar jumaat ini. Jangan bolos! GK sila communicate with defender dan jangan off positioning.

Kepada midfields, sila work partnership antara satu sama lain...dm, dc dan wing. try practise gunakan ruang dan player wing's. objektif utama korang...control mid dan passing yang cantek!

Kepada fwd/striker, tugas anda mudah jer...jaga offside, kurangkan gentel, dpt bola mesti shot on target dan yang paling penting...dptkn gol :)

Pemain lawan perlu diberi perhatian :-

n3n3k (mastermind mereka)
sunan (top scorer mereka)
haziq flipOff (laju dikedudukan sayap)
dan 2 org lagi tp xtau nama :))
rajin2 melawat blog pasukan mereka...mane tau bole curik some facts tentang mereka hehe

aku spend time banyak kat blog nie supaya kita semua bersemangat untuk main dan menang.
kalo tgk balik kat stats tu...bapak byk bolos!

oleh itu saya merayu jangan kita tambah lagi bolos untuk perlawananan arinie.
ayuhhh mari kita tawan kapal mereka!! hehe


(pss: sila drop comments sekiranya ada cadangan, pesanan, taktik atau bantahan kepada pasukan atau sesiapa erk)

Posted in |

0 comments: