Nakai Given New Lanun Contract

Bekas pemain Kayu FC, Lanun dan SDX FC; Nakai Sofian, telah ditawarkan untuk menyambung kontrak beliau untuk tempoh semusim lagi bersama pasukan Lanun sebagai penolong pengurus pasukan. Bekas pertahanan tengah pasukan Lanun ini meluangkan masa ditemuramah selepas selesai sesi menandatangi kontrak di Alamanda, Putarjaya.

Wartawan: Beri sedikit komen perlantikan anda untuk terus kekal sebagai tenaga pengurusan?
"Saya berasa bangga kerana terus diberi kepercayaan oleh lembanga pengarah untuk membimbing pasukan Lanun musim ini. Peluang ini saya anggap sebagai bukti kerja saya sebelum ini dalam Lanun dihargai dan tidak sia-sia. Saya percaya gandingan dan kerjasama saya bersama Lomak kali ini bakal memberi perubahan sangat besar kepada pasukan Lanun"

Wartawan: Kerjasama anda berdua terbukti tidak membawa sebarang kejayaan untuk Lanun musim-musim lepas?
"memang tidak dinafikan keputusan Lanun setakat ini sangat mendukacitakan namun kami belajar dari kekalahan. Pengalaman pahit lepas akan dijadikan iktibar dan panduan agar Lanun lebih bersedia musim ini. Losing will make us even stronger! dont worry this sad drama will not continue forever. patient...just wait and see until end season. i promise u will watch happiness in the end"

Wartawan: Bukankah anda masih SDX FC?
"Walaupun saya masih sebahagian dari pengurusan SDX, Once Lanun Forever Lanun...terlalu banyak kenangan berharga selama dua musim bersama Lanun membuat hati saya berat untuk menolak tawaran ini. Lagipun buat masa ini SDX tidak terlibat dengan mana-mana perlawanan rasmi sehinggalah bulan April or Jun ini. Saya mahu pastikan sekiranya meninggalkan Lanun suatu hari nanti, saya tinggal dengan pasukan Lanun yang menang, kuat dan disegani"

Wartawan: Kemampuan Lanun musim ini?
"Sudah pasti layak ke pusingan kedua! Itu jaminan saya"

Posted in |

1 comments:

  1. Anonymous Says:

    ...bila mase aku kena interbiew ni??...sape yg berlakon ni...aisehmen...baru nk low profile... T_T