Afiq Out For Surgery In Bali


Tekanan semakin menghantui kem Lanun apabila mereka kehilangan pemain pertahanan tengah, Afiq 15, akibat kecederaan lutut. Physio pasukan Lanun, Badari menjelaskan Afiq tidak dapat beraksi untuk tempoh 3 sehingga 4 bulan. Afiq yang merupakan pemain tertinggi dalam pasukan terpaksa dibawa keluar pada awal perlawanan sewaktu menentang Kacang FC akibat dikasari.

Beliau bakal menjalani pembedahan lutut di pulau Bali yang digelar 'Rawatan Sambil Melancong'. Keindahan pantai memutih dan lambakan pelancong wanita luar diharap dapat menenangkan fikiran beliau dari mimpi ngeri kekalahan jumaat lalu.

"kehilangan Afiq sangat menyedihkan, lepas nie xde lagi gergasi yang mengerunkan pihak lawan di barisan pertahanan kami" jelas Munir selaku rakan baik dan paling rapat kepada beliau.

"kami sangat merindui Afiq...semoga beliau cepat sembuh dan kembali beraksi bersama Lanun" tambah kE.

Menurut pengurus Lanun, mereka dalam proses pencarian pemain baru untuk mengantikan tempat beliau. Pemain baru tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

Posted in |

0 comments: