Lanun Manager Called By Fifa

Pengurus Lanun, Lomak terpilih dikalangan tiga pengurus pasukan mewakili benua Asia bagi menghadiri kursus kejurulatihan dan forum perbincangan masa hadapan dunia bola sepak di Asia Barat.

Seminar kendalian FIFA selama seminggu ini turut melibatkan 13 pengurus-pengurus dari pasukan terpilih seluruh dunia. Apabila tamat seminar, Lomak bakal dianugerahkan sijil pengurusan FIFA yang melayakan beliau menjadi jurulatih bagi mana-mana pasukan di bawah naungan Kesatuan Eropah (EU).

Presiden FAM, DYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah mengucapkan tahniah dan menyatakan rasa bangga baginda apabila anak tempatan berjaya terpilih selepas 51 tahun kemerdekaan negara. Selain mengharumkan nama negara di persada bola-sepak dunia, pemilihan beliau membuktikan kemampuan anak tempatan dalam penguasaan bidang kejurulatihan setanding dengan pengurus-pengurus kelas dunia masa kini. Baginda berharap pemilihan Lomak dilihat sebagai batu lonjatan untuk meniup semangat masyarakat agar berkerja keras dan tidak terlalu menyanjung tinggi negara-negara besar bola sepak.

Disamping itu, pemilihan Lomak bermakna beliau terlepas mengendali perlawanan pembukaan pasukan Lanun menentang Kacang FC hari ini. Ketika diminta mengulas samada ketiadaan beliau akan memberi kesan kepada pasukan dan keputusan perlawanan?

"I dont think so. My assistant, Nakai Sofian will be the man incharge for this game. I already discuss with him team tactics dan strategy for the match before my departure. I fully confident my team under him will bring me great news"

Posted in |

0 comments: