Presure Increase In Lanun Squad

Kemenangan bergaya Kacang FC berjaya membuktikan pasukan Lanun sekadar tin kosong sebelum perlawanan. Kekalahan memalukan apabila bolos 3 gol dalam tempoh 15 minit pertama ternyata membuktikan kemampuan Lanun masih jauh ketinggalan daripada pasukan bertaraf liga.

Kini ramai mempersoalkan adakah Lanun sudah cukup bersedia untuk beraksi dalam kejohanan liga kompetitif ini. Kurang pengalaman, mental yang lemah sebelum perlawanan dan fizikal yang kurang cergas dikatakan membantutkan keupayaan Lanun untuk memberi lebih saingan kepada pasukan lawan dalam setiap perlawanan.

Ketika diminta mengulas mengenai kekalahan perlawanan tersebut, majoriti pemain menyalahkan ketiadaan pengurus pasukan ketika perlawanan sebenar. Ketiadaan pengurus pasukan dikatakan menyebabkan pasukan kehilangan arah dan semangat perjuangan.

"taktik mengarut dan mengelirukan, tiada arahan semasa perlawanan dan bolos terlalu cepat membunuh semangat berlawan kami" rungut pemain tengah Lanun, Avicenna "pemain yang cedera tidak ditukar segera dan kenapa pemain utama kami di bangku simpanan?!" tambah beliau lagi.

Kekalahan ini memberi tekanan besar kepada pasukan Lanun Rombak. Awan mendung dapat dilihat dalam bilik persalinan kem mereka. Persoalannya kini, dapatkah mereka bangkit dalam perlawanan seterusnya?







Wajah murung, letih dan kecewa pemain-pemain Lanun jelas kelihatan semasa rehat separuh masa pertama

Posted in |

0 comments: