LoMaK Position On Danger

para penyokong dan beberapa pemain Lanun mempersoalkan kredibiliti Lomak selaku pengurus pasukan Lanun.
dengan rekod 12 kekalahan berbanding hanya 2 kemenangan sepanjang dua musim membimbing Lanun menjadikan imej pasukan tercemar dan sering dinamakan sebagai pasukan belasahan. ada pihak mendesak agar beliau melepaskan jawatan disandang masa kini dan digantikan oleh orang yang benar-benar berpengalaman dan bertauliah sebagai jurulatih.
nama besar seperti shuk dan senyum disebut-sebut sebagai bakal penganti tempat beliau

sambil mengambil sikap membisu, kelemahan Lanun dikatakan berpunca daripada masalah dalaman diantara pemain, pembelian & pemilihan pemain yang tidak tepat dan sikap beliau yang enggan menerima nasihat dan pandangan dari masyarakat sekeliling menjadi faktor utama kemerosotan persembahan Lanun sekarang

tekanan semakin meningkat kepada pengurus apabila syarikat seperti TM Net dan Citibank menyatakan hasrat mereka untuk tidak menyambung kontrak penajaan berdasarkan prestasi hambar dipamer Lanun. namun begitu Lomak memberi jaminan Lanun akan terus menerima tajaan untuk musim baru ini. desas-desus ada mengatakan beliau dalam proses rundingan dengan sebuah syarikat gergasi antarabangsa untuk menaja Lanun

Lomak merayu agar beliau terus diberi kepercayan membimbing Lanun dan berharap para pemain dan penyokong setia Lanun terus bersabar dan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi untuk pasukan dalam mengharungi musim liga kali ini yang penuh onak cabaran

persoalanan kini, siapa berkuasa memecat beliau? dan adakah Lanun akan berkubur sekiranya beliau dipecat?



Lomak menunjukan isyarat tanda yakin kepada wartawan

Posted in |

1 comments:

  1. LoMaK Says:

    testing-testing